(VIDEO) Tip ikat twilly, aksesori hijab terkini

hijab
December 15, 2020
Oleh Izyan Liyana

LAZIMNYA, selain rantai kekunci wanita juga suka menghiasi tas tangan dengan lilitan skaf kecil atau lebih dikenali twilly.

Kehadiran twilly yang hadir dalam pelbagai corak dan warna secara tidak langsung menyerikan beg tangan nuansa gelap, lembut ataupun polos.

Pun begitu, susulan fesyen itu universal Perunding Imej dan Penata Gaya, Azlia Idha menyuntik kelainan apabila mengikat twilly bersama hijab pilihan.

"Twilly ini biasanya diikat pada tas tangan, tetapi saya ubah hias di kepala kerana ia tampak cantik.

"Bagaimanapun, jika tidak mempunyai twilly gunakan sahaja pengikat rambut jenis kain yang biasanya dijual di kedai aksesori," tulis beliau berkongsi tip menerusi aplikasi telegram, Azlia Idha Channel hari ini.

Tambah beliau, pada peringkat permulaan mungkin golongan hijabis yang baru belajar berasa sukar mengikat twilly bersama tudung.

hijab
AZLIA menunjukkan antara lilitan twilly bercorak yang diikat bersama selendang dan tudung polos. 

Artikel berkaitanTip lilitan tudung elak pipi tembam, dagu berlapis jelas kelihatan. Oh! ini rahsianya….

Iklan

Tapi, tidak mengapa perlahan-lahan ya.

Teknik lilit twilly:
1- Bahagikan selendang sebelah panjang dan sebelah pendek.
2- Tarik ke belakang dan pin dengan kemas.
3- Ambil twilly letak di atas selendang lalu ikat di bahagian belakang. Lebihannya tarik ke atas untuk buat simpulan (twisted).
4- Jika twilly tidak cukup panjang tidak perlu simpulkan. Ikat belakang sahaja
5- Pin bahagian yang panjang di sisi wajah.
6- Kemudian, lilit semua bawa naik ke atas dan tepi wajah.
7- Kemaskan ikut keselesaan.

Iklan

Sumber: Telegram Azlia Idha Channel