Tak semestinya pakai baju tradisi, jom melaram dengan jenama kegemaran ramai ini

May 5, 2021
Oleh Lynn Mazlina

BUKAN nak cakap apa, Uniqlo merupakan antara jenama fesyen yang cukup aktif menampilkan koleksi baharu.

Jika dihitung, dari bulan ke bulan, ada sahaja kolaboratif baharu dan desain fesyen terkini yang diketengahkan.


Okey, kalau anda tanya, pada Aidilfitri ini ada busana terbaharu tak? Jawapannya, ya, pasti ada.

UNIQLO X HANA TAJIMA

Seperti biasa, kerjasama Uniqlo dan Hana Tajima berterusan sehingga kini.

Iklan

Baru-baru ini, penulis berkesempatan hadir dalam satu sesi khas memperkenalkan koleksi pada Hari Raya.

Paling mencuri tumpuan penulis pastilah dengan gaun bercorak checked warna kuning dan putih lagi selesa yang direka khas untuk Muslimah yang boleh distailkan mengikut keselesaan sendiri.

Iklan

Sebagai jenama global, Hana Tajima semestinya mengungkapkan kepelbagaian budaya yang kaya di dunia melalui gaya elegan, keselesaan, memberi perhatian terhadap setiap perincian dan reka bentuk bersifat sejagat.

Untuk koleksi Uniqlo X Hana Tajima, pembaca SinarPlus boleh layari https://www.uniqlo.com/hanatajima/21ss/my/.

UNIQLO X HARUKI MURAKAMI

Tak semestinya pada Hari Raya, kita harus memakai baju Melayu atau baju kurung sepanjang masa.

Justeru, kepada peminat pengarang buku terkenal dunia, Haruki Murakami, ada berita gembira untuk anda.

Uniqlo baru-baru ini menampilkan Murakami yang unik dan kreatif melalui baju-T dengan motif dari enam novel terkenalnya termasuk Murakami Radio, program radio muzik di Jepun.

“Kerjasama ini mengambil inspirasi daripada ungkapan-ungkapan yang tidak dapat dilupakan dan reka bentuk sampul yang menarik dari enam novelnya yang sangat dipuji dan diminati seperti Pinball 1973, Norwegian Wood, Dance Dance Dance, Sputnik Sweetheart dan Kafka on the Shore dan 1Q84.

“Susunannya juga merangkumi reka bentuk ilustrasi kucing yang dipaparkan di Murakami Radio, program muzik yang dihasilkan dan dihoskan oleh Murakami sendiri,” kata Uniqlo.

 

POKEMON ALL-STARS, DISNEY MICKEY MOUSE & MINNIE MOUSE ART

Menurut Uniqlo, rangkaian UT (bajut-T UNIQLO) untuk 2021 musim bunga/musim panas akan merangkumi lebih daripada 1,000 item yang menampilkan budaya pop terpilih dari seluruh dunia.

Apa maksudnya itu? Ini bermakna jenama itu akan berkolaboratif dengan jenama-jenama tersohor seperti Pokémon All-Stars, Disney Mickey Mouse & Minnie Mouse Art by Yuni Yoshida.

Kesemua koleksi menarik itu akan mengetengahkan watak Disney dan Pokeman yang pasti membuatkan peminat kartun itu teruja untuk mendapatkannya.

ANDY WARHOL, KEITH HARING & JEAN-MICHEL BASQUIAT

Seterusnya, Uniqlo menampilkan karya ikonik Andy Warhol, Keith Haring, dan Jean-Michel Basquiat.

Barisan aksesori UT yang pelbagai akan merangkumi kasut buat pertama kalinya.

Reka bentuk UT lain akan menggabungkan gaya Roy Lichtenstein, artis pop yang mendapat inspirasi dalam komik Amerika Syarikat.

Kerjasama dengan Daido Moriyama, seorang jurugambar Jepun yang terkenal pula akan mempersembahkan karyanya dalam warna hitam dan putih.

 

BLUE NOTE RECORDS

UNIQLO bekerjasama dengan Blue Note Records, yang telah mendapat reputasi di seluruh dunia dalam kalangan peminat jazz dari semua peringkat umur.

UNIQLO dan Don Was telah memilih album daripada katalognya untuk reka bentuk UT.

Tambahan baharu untuk koleksi The Brands Masterpiece adalah Gibson.

Reka bentuk UT untuk jenama gitar elektrik paling ikonik di dunia menonjolkan sebilangan instrumen terkenal dan asas teknologi dan tradisional mereka.

 

ANIME

Terakhir, UT menampilkan permainan dan anime terkini

Antaranya koleksi UT yang pasti menjadi perhatian peminat Monster Hunter Rise yang pasti akan menawarkan kegembiraan dan kejutan.

League of Legends pula hadir dengan reka bentuk yang menampilkan kumpulan K-pop maya K / DA.

Kolaboratif dengan One Piece yang popular dengan adegan Wano Country, yang kini disiarkan di televisyen di Jepun.

Iklan

About Lynn Mazlina

Biodata Penulis