(Video) Zahirah Macwilson kongsi tip gaya seluar jean untuk wanita hamil

zahirah
October 3, 2020
Oleh Izyan Liyana

BAGI wanita hamil selain emosi tidak stabil dan nafsu makan yang sukar dijangka mereka juga tidak terlepas daripada mengalami perubahan bentuk badan.

Situasi itu lazimnya berlaku disebabkan perubahan hormon sepanjang tempoh kehamilan.

Perkara sedemikian turut diakui oleh pelakon dan model jelita Zahirah Macwilson, 25, yang kini berdepan kenaikan berat badan sehingga tidak muat untuk menyarungkan seluar jean.

zahirah
ZAHIRAH menyifatkan perubahan fizikal dan kenaikan berat badan sepanjang tempoh kehamilan menyukarkan beliau menyarungkan jean kegemaran, tetapi kini tidak lagi.

Menerusi laman sosial peribadi, isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza, itu memberitahu, minggu ke-18 hingga 24 merupakan fasa kehamilan yang dirasakan janggal untuk saiz fizikal badannya.

“Pada tahap ini saya tidak kelihatan seperti mengandung, tetapi menyedari badan mengalami kenaikkan beberapa kilogram dan membulat,” tulisnya dalam kapsyen selepas memuatnaik satu video berkongsi tip memakai seluar jean bagi wanita hamil di Instagram baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Hamil enam bulan, Zahirah dan Aiman bakal timang cahaya mata pertama

Tutur pemilik nama sebenar, Nur Zahirah Macwilson Zainol yang sudah melepasi minggu ke-26, beliau ingin menunggu beberapa minggu lagi sebelum membeli pakaian mengandung.

Iklan

Ini disebabkan beliau mengetahui saiz badannya akan semakin membesar.

"Saya jarang memakai seluar jean, namun dalam keadaan fizikal begini rasa seronok apabila mampu menggayakannya selepas mempraktikkan tip seumpama ini.

“Lagipun ia (jean) masih muat pada bahagian paha, cuma tak boleh butang kerana perut membesar,” ujarnya lagi yang hanya menggunakan getah rambut rona hitam.

Cara-caranya:
1- Pilih aksesori rambut bersifat elastik.
2- Kemudian, masukkan pengikat rambut itu ke dalam lubang butang dan ikat.

Iklan

zahirah
3- Selepas itu, cangkuk getah rambut berkenaan ke butang seluar jean.
4- Siap untuk digayakan ketika keluar bersantai.

zahirah

Ingat ya, meskipun mengandung itu tidak bermakna wanita tersekat untuk bergaya stailo dengan seluar denim kegemaran.

Solusinya mudah dan murah dengan hanya menggunakan getah pengikat rambut bagi membesarkan bahagian pinggang seluar.

Selamat mencuba!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on