• Monday , 25 May 2020

Tip pilih buah oren yang manis

tip limau
May 21, 2020
Izyan Liyana

SEBUT sahaja buah oren, pasti terbayang rasanya yang masam-masam manis. Namun menyegarkan!

Tapi mesti ramai yang sering terbeli buah oren yang masam kan? Terus terpotong selera nak makan.

Anda boleh tengok petua ini untuk pastikan buah oren yang anda beli itu manis.

1. Pilih yang ada lubang/pusat

Pastikan buah oren tersebut mempunyai lubang di atas kepalanya, seperti yang ditunjukkan di dalam gambar. Kiranya spesies buah oren berlubang ini manis.

tip limau

2. Elak daripada memilih buah yang tiada lubang seperti ini.

tip limau

Sekiranya buah oren tersebut tidak mempunyai lubang (seperti di dalam gambar) Ia bermakna buah oren itu masam. Makan pun sambil pejam-pejam matalah jawabnya. Buat jus sesuai. Konklusinya, buah oren yang tidak berlubang ni selalunya masam.

3. Bau buah oren

Selain itu, hidu bau buah oren tersebut. Sekiranya baunya manis bermakna rasanya juga memang manis.

Lepas ni bolehlah beli buah oren yang manis banyak-banyak. Jangan lupa petua ini ya!

Artikel berkaitan: Jangan buang kulit oren, boleh buat pencuci serbaguna tanpa bahan kimia

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: UNSPLASH, CANVA, FACEBOOK

Komen

About Izyan Liyana

Biodata Penulis