NAMPAKNYA perintah kawalan pergerakan (PKP) disambung lagi sehingga 28 April, oleh itu bagi yang ada anak kecil tu bolehlah bermain playdoh bersama anak-anak.

Mudah sahaja membuat playdoh di rumah dengan hanya guna beberapa bahan di dapur.

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1/4 cawan garam halus
Sedikit minyak masak
3-5 titis pewarna makanan
1/4 cawan air

Cara-cara:

1. Campurkan tepung gandum dan garam. Gaul hingga sebati
2. Campurkan air, minyak masak dan pewarna makanan
3. Uli campuran itu sehingga mendapat doh yang lembut dan tak melekit
4. Ulang cara sama untuk buat playdoh warna lain pula

Mudah sahaja nak hasilkan playdoh ini, bukan? Anak-anak pasti suka lebih-lebih lagi playdoh yang berwarna-warni. Boleh jadikan ini sebagai aktiviti hujung minggu anda bersama keluarga.

Penulis: Suhaila Ali
Foto: mamaideal