APA sahaja sajian yang menggunakan udang sebagai rencah akan bertambah enak dan berperisa.

Rasa manis-manis daripada kulit udang menjadikan masakan lebih beraroma dan lazat.

Namun, ia sebenarnya lebih daripada bahan penyedap masakan. Kulit udang rupa-rupanya tinggi kandungan khasiat dan elok diambil seisi keluarga.

Baca juga: Mi Kuah Udang menyelerakan, sajian pikat hati mentua

Tomyam yang menggunakan udang, memang enak dan rasanya manis penuh perisa

Sayang sekali yang suka mengopek kulit udang sebelum memasak dan membuangnya. Anda terlepas pelbagai zat dan mineral yang diperlukan tubuh.

Menurut pengamal perubatan, Dr Mazliana Mazlan, kulit udang sama ada dimakan atau direneh menjadi sup memberikan manfaat terutamanya kanak-kanak.

“Makanan yang kita selalu buang dan nampak seperti tiada nilai sebenarnya banyak khasiat.

“Kulit udang jangan buang tau. Ia tinggi dengan kalsium, bagus untuk pertumbuhan tulang dan gigi anak-anak.

“Kalau udang kecil, ajak anak makan sekali dengan kulit. Sekiranya udang bersaiz besar dan anak tak boleh makan, kopek siap-siap dan reneh sup kulit udang untuk mereka. Simpan dan guna bila perlu,” titipnya.

Baca juga: Udang khamped sedap, padu. Sajian Thai yang wajib cuba

Selain itu, Mazliana turut berkongsi kandungan khasiat kulit udang yang bermanfaat bagi setiap peringkat usia.

“Masuk sup kulit udang dalam sayur pun sedap sangat. Kita yang dewasa, kalau boleh makan udang, makan sekali dengan kulitnya. Itu pun boleh ‘top up’ kalsium dalam badan kita. Bukankah makin berusia, tulang kita semakin rapuh,” katanya.

Selain itu, menurutnya khasiat lain daripada kulit udang adalah seperti berikut;
1.Fosforus
2.Iron
3.Magnesium
4.Zink
5.Sodium
6.Potasium
7.Selenium

Iklan

‘REAL FOOD’

Kata Mazliana, pilihan makanan dari jenis ‘real food’ tidak hanya mengenyangkan, malah kaya dengan pelbagai khasiat.

“Inilah dinamakan ‘real food’ yang benar-benar boleh dipanggil sebagai makanan. Ia memberi nutrien kepada tubuh badan.

“Kalau boleh cuba cari udang laut, insya-ALLAH pilihan lebih baik daripada udang yang dibela,” katanya.

Tambahnya, penyediaan makanan ‘real food’ yang tinggi nutrien untuk keluarga adalah disarankan.

Manakala makanan berproses perlu dielakkan pada anak-anak kerana jika diambil dengan kadar yang kerap, ia boleh membawa keburukan

Iklan

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Kailan sayur kaya khasiat, tular RM18 sebungkus terlalu mahal, tidak setara kuantiti

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI