INDIA membuka semula Taj Mahal kepada pelawat hari ini.

Menerusi laporan portal berita tempatan memetik AFP, Timbalan Pengarah Jabatan Pelancongan Uttar Pradesh Utara, Amit Srivastava berkata bangunan yang juga merupakan tapak warisan UNESCO itu akan menerima semula kunjungan pelancong bermula hari ini.

Katanya, pembukaan Taj Mahal itu akan mengikuti semua protokol Covid-19, seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka akan diikuti.

Bagaimanapun, jumlah pengunjung dihadkan kepada 5,000 orang sehari, berkurangan daripada purata harian 20,000.

Terdahulu, bangunan ikonik Taj Mahal telah ditutup sejak pertengahan Mac lalu sebagai sebahagian daripada langkah pencegahan awal terhadap wabak Covid-19.

Uttar Pradesh, adalah salah satu negeri yang paling teruk dilanda Covid-19 di India dengan lebih daripada 270,000 kes direkodkan setakat ini.

Artikel berkaitan: Denda gali kubur mangsa Covid-19 jika ingkar pakai pelitup muka

Iklan

Ia menjadi kebimbangan seluruh rakyat India yang kini menyaksikan lebih 4.2 juta kes jangkitan Covid-19 setakat Isnin.

Selepas negara itu merekodkan 90,802 kes baharu, sekali gus menjadi negara kedua dengan kes tertinggi, mengatasi Brazil yang kini di tempat ketiga.

Iklan

Sejak Ogos, India melaporkan kes harian tertinggi di dunia.