NAMA Young Syefura, 32,  tidak asing lagi dalam dunia politik tanah air. Diumumkan sebagai bertanding di kerusi Parlimen Bentong dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), siapa sangka beliau rupanya bekas jururawat.

Petah dan lantang, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari yang lebih mesra disapa Rara mendedahkan beliau memiliki Diploma Kejururawatan dan sempat berkhidmat sebagai jururawat peribadi untuk penjagaan di rumah.

Baca juga: Eizlan, Idham wakili Gerakan Tanah Air bertanding PRU15

“Setahun selepas tamat belajar saya buat rumah penjagaan, tidak ke klinik kerana dalam tempoh itu terus ‘terjebak’ dalam dunia politik.

“Saya tidak sempat bekerja di hospital. Selepas habis belajar saya terus aktif politik dan badan bukan kerajaan (NGO), saya bimbang masa tidak cukup dan sebagainya,’ jelas Rara yang tidak menafikan perkaitan antara kedua-dua cabang bidang itu ialah sifat empati.

Dipanggil Ayong dalam keluarga, Rara mendedahkan beliau aktif sebagai ahli kadet bomba di sekolah.

“Saya seorang yang garang dahulu, sudahlah gelap kerana selalu berjemur dan berkawad dan kurus kering. Adik-adik di sekolah memanggil saya ‘Kakak Yang Garang’,” katanya.

Satu-satunya anak perempuan daripada tujuh adik beradik, bekas Exco Selangor itu juga sukakan aktiviti lasak.

“Selepas sekolah saya suka melakukan aktiviti lasak seperti larian jarak jauh, mendaki dan berbasikal,” katanya.

Baca juga: Semak tempat mengundi anda di sini, mudah klik klik online sahaja

Minat Rara dalam sukan berbasikal bermula pada tahun 2016 dan pernah berbasikal menjelajah Pulau Pinang, Kedah dan Perak sejauh 130 kilometer (km)serta Kota Kinabalu ke Kota Belud, Sabah pada jarak 100km.

Memikul tugas berat sebagai wakil rakyat, Rara mempunyai aktiviti kesukaan sebagai mekanisme mengatasi tekanan.

“Kalau aktiviti itu saya suka, saya akan cuba mencari masa unruk melakukannya. Seperti menonton wayang, apa sahaja filem akan saya tonton kerana ia adalah masa untuk saya menyendiri iaitu ‘me-time’.

“Cuma apabila menjadi wakil rakyat saya perlu mencari masa pada tengah malam. Tapi ada masanya curi-curi tonton siang hari,” katanya.

Baca juga: Manis bertudung bawal, perkahwinan sederhana, ringkas Nurul Izzah jadi perhatian warga maya

Di sebalik karakter tegas, kelibat Rara sentiasa mencuri pandang terutama penampilannya yang bertudung bawal dan bergincu merah.

Selain politik, beliau membuka sebuah klinik persendirian menawarkan rawatan alternatif bekam dan akupunktur.

Baca juga: Sambung legasi arwah bapa, Dira Abu Zahar bertanding di PRN Melaka

Sumber: Sinar Harian On The Way: Tiba-tiba Jadi YB!

Foto: Instgram young.syefura

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi