#SiBibirMerah Tambat hati suami dengan masakan, jaga perutnya

October 10, 2021
Oleh Wartawan SinarPlus

BEBERAPA hari lalu, tular kisah seorang pemuda dari Indonesia yang memilih untuk berkahwin dengan periuk nasi. Memang melucukan kerana dalam banyak benda, periuk nasi juga menjadi pilihan hati. Katanya, mahu berkahwin dengan pasangan yang putih, pendiam dan pandai memasak.

Namun selepas empat hari ‘berkahwin’, pemuda tersebut yang dikenali dengan nama Khoirul Anam bertindak menceraikan ‘isterinya’ itu kerana didakwa hanya pandai memasak nasi sahaja.

Baca juga: Empat Hari Beristerikan ‘Rice Cooker,’ Lelaki Akhirnya Bercerai

Cerita ini walaupun ringan tetapi tetap menjadi buah mulut warga maya kerana rupa-rupanya ada sindiran di sebalik cerita ‘perkahwinan’ tersebut.

Difahamkan mengikut laporan media dari Indonesia, gimik perkahwinan itu adalah sebagai sindiran terhadap kaum perempuan yang hanya tahu memasak nasi sahaja.

Amboi tajam sindiran tu ya. Tapi kaum wanita jangan marah-marah dulu. Kita ambil dari sudut positif. Jadikan ia sebagai pesanan supaya sebelum hendak berkahwin, walaupun mempunyai ciri-ciri idaman lelaki, kita kena juga pandai memasak.

Iklan

Baca juga: Bergambar Paut Lengan Suami Orang, Aksi Wanita Dikecam Netizen

Jangan cukup sekadar cantik di mata, tetapi perut si suami berbunyi-bunyi kelaparan.

Teringat Bibir Merah pesanan orang tua dulu-dulu, jika nak suami sayang, pastikan perutnya berisi dan sentiasa kenyang, barulah rumah tangga bahagia.

Lagipun, makanan hasil air tangan isteri juga adalah pengikat kasih sayang. Jadi tak rugi jika wanita tahu memasak lebih daripada satu resipi.

Iklan

Baca juga: Gorila Pernah Viral Kerana Swafoto, Mati Dalam Pelukan Penjaga

Oleh itu, untuk kaum wanita sekalian, tidak salah untuk kita belajar memasak sebelum berkahwin. Boleh juga tambah skil untuk menambat hati suami. Suami pula bila isteri masak, jangan pandai komplen saja, hargai penat lelah isteri yang tetap memasak biarpun sibuk dengan kerja hakiki.

Si Bibir Merah: Cantik dan pandai memasak, patut suami sayang ketat-ketat

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!