ISTERI mana yang tidak makan hati apabila suami enggan bekerja mencari nafkah untuk keluarga.

Bukan satu atau dua tahun tetapi empat tahun lamanya si isteri terpaksa membanting tulang bekerja demi menyara famili sedangkan suaminya hanya goyang kaki di rumah.

Namun tanpa disangka, hadir seorang lelaki yang menaruh hati pada wanita berkenaan, ditambah bergaji tinggi. Apa yang patut wanita itu lakukan? Meninggalkan suami atau mendapatkan cinta baharu yang lebih memahami kehendak dan kemahuannya?

Menjawab persoalan itu, Pakar Motivasi dan Kaunseling Keluarga terkemuka, Haji HUSHIM Salleh mengemukakan jawapan menerusi Soal Jawab Netizan Edisi Rahsia Rumah Tangga minggu ini.

Iklan

Iklan