KEJAYAAN si gadis manis, Sara Ali Khan yang berjaya menurunkan berat badan menyuntik inspirasi dan pembakar semangat terutama kepada kaum wanita lain yang mempunyai masalah obesiti.

Anak kepada pelakon terkenal, Saif Ali Khan sebelum ini pernah memuat naik gambarnya berbadan gempal.

Baca ni Rahsia cantik & sihat dengan jus kunyit, wanita ini kongsi resipi remedi turun-temurun yang mudah tapi berkesan

Menerusi ruangan kapsyen, beliau tidak malu berkongsi tentang pengalamannya yang pernah berdepan masalah berat badan hingga mencecah 96 kilogram (kg).

Pun demikian, tuan punya badan tetap optimis dan kekal positif.

Pada masa sama, beliau cuba berubah dengan melakukan senaman termasuk menjaga pengambilan makanan demi kesihatan diri.

Baca ni Umur lebih 50 tahun tapi belum tumbuh uban, rahsianya guna daun kari dengan yogurt je. Rambut pun hitam berkilat!

Hampir setahun berbuat demikian, akhirnya Sara berjaya menurunkan berat badan dan mengekalkan tubuh langsing sehingga sekarang.

Pada usianya yang kini memasuki 27 tahun, Sara bukan sahaja dikagumi kerana mewarisi kecantikan ibu dan bapanya, bahkan dikenali sebagai seorang yang sangat merendah diri.

ALAMI PCOS & GANGGUAN HORMON

Menerusi perkongsian sebelum ini juga, Sara mendedahkan, dirinya turut mengalami Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) dan gangguan hormon yang membuatkan beliau sukar untuk menurunkan berat badan.

Dek kerana cita-citanya yang tertanam dalam diri sekian lama untuk bergelar pelakon, beliau nekad mahu melakukan sesuatu.

Baca ni ‘Menu simple, nasi tetap makan.’ Maintain cantik bergaya walau punya anak ramai, ini rupanya rahsia adik Che Ta tampil langsing

Berkat usaha keras dan tidak mudah putus asa untuk tampil lebih sihat, Sara berjaya menurunkan berat badan sehingga 30kg hasil pemakanan sihat dan aktiviti senaman kardio ketika berada pada tahun akhir di universiti.

BIJAK & BERPENDIDIKAN TINGGI

Bukan itu sahaja, Sara juga dikatakan seorang yang bijak dan berpendidikan tinggi.

Biarpun datang daripada keluarga orang berada, beliau lebih gemar berdikari dan sangat mementingkan pelajaran.

Iklan

Pada Mei 2016, Sara berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sejarah dan Sains Politik di Unversiti Colombia.

Untuk rekod, Sara dilahirkan di Mumbai, India pada 12 Ogos 1995 dan berketurunan bangsawan Pataudi.

Beliau merupakan anak sulung hasil perkahwinan Saif Ali Khan bersama Amrita Singh.

Selain Sara, pasangan tersebut turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Ibrahim Ali Khan yang kini berusia 22 tahun.

Baca ni Wanita ini dedah petua tradisi hilangkan jerawat halus, jeragat & menutup pori guna ais tomato. Kulit pun jadi tegang & cantik

Iklan

Pun demikian, perkahwinan Saif dan Amrita tidak bertahan lama sebelum mereka mengambil keputusan untuk bercerai.

Selepas penceraian tersebut, Sara dijaga dan dibesarkan oleh ibunya.

Baca lagi Air basuhan beras jangan dibuang, boleh buat toner untuk dapat kulit putih bersih macam wanita Jepun

Sumber gambar: Instagram saraalikhan95

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.