Pernah cekik, pukul anak, Angelina Jolie dakwa bekas suami panas baran dan kaki pukul

A
A
A

Pernah cekik, pukul anak, Angelina Jolie dakwa bekas suami panas baran dan kaki pukul

BINTANG popular Hollywood, Angelina Jolie mengejutkan ramai pihak apabila memfailkan tindakan mahkamah terhadap bekas suaminya, Brad Pitt.

Menerusi laporan portal berita BBC, aktres terkenal tersebut mendakwa, Pitt memegang kepalanya dan menyerang dua anak mereka.

Kandungan dokumen yang dikemukakan di sebuah mahkamah di Los Angeles itu turut mendapat liputan meluas.

Media tempatan mendedahkan, kejadian tersebut berlaku ketika pasangan popular tersebut menaiki pesawat peribadi bersama anak mereka dari California ke Perancis pada September 2016.

Baca ni 'Tangan bau asam pedas, pakej mekap.' Gelagat lucu Fattah Amin solek Fazura bikin ramai terhibur

Malah kata Jolie lagi, insiden tersebut antara sebab beliau memfailkan perceraian.

Pitt juga dilaporkan mendera secara lisan dan tumpahkan bir ke atas Jolie dengan sengaja serta menuang wain merah ke atas salah seorang anaknya ketika itu.

Sumber gambar Marca

"Pitt dikatakan memegang kepala Jolie dan menggoncangnya. Kemudian memegang bahunya dan menggoncangnya semula sebelum menolak aktres itu ke dinding bilik mandi.

"Pitt kemudian menumbuk siling pesawat berkali-kali, menyebabkan Jolie keluar dari bilik air," menurut fail mahkamah tersebut.

Insiden tersebut menyebabkan salah seorang anak mereka campur tangan sebelum dikatakan diserang oleh Pitt.

Anak-anak pasangan berkenaan kemudiannya bergegas masuk dan cuba melindungi antara satu sama lain sebelum Pitt mencekik salah seorang daripada mereka dan memukul seorang lagi pada bahagian muka.

"Jolie kemudian memegangnya dari belakang untuk menghalangnya," demikian antara isi kandungan kertas pertuduhan tersebut.

Sumber gambar: Emma McIntyre/WireImage)

Peguam Jolie berkata, akibat insiden tersebut, selebriti tersohor itu dan anak-anaknya 'duduk diam dan senyap di bawah selimut' sehingga pesawat tersebut mendarat.

BERGADUH TENTANG HAK PENJAGAAN 

Pun demikian, Pitt menafikan semua dakwaan tersebut. Sumber terdekat aktor tersebut ketika memberitahu BBC, dakwaan Jolie itu adalah palsu.

"Jolie terus menyusun semula, mengubah dan membayangkan semula peristiwa yang berlaku enam tahun lalu.

Beliau menambah maklumat yang sama sekali tidak benar, setiap kali gagal mendapatkan apa yang beliau inginkan," kongsi sumber tersebut lagi.

Sementara itu, peguam Jolie mendakwa, Pitt menuduh Jolie sebagai 'terlalu berlembut dengan anak-anak.'

"Konfrontasi itu berlaku apabila Pitt mendakwa Jolie terlalu 'mementingkan' anak mereka. Dia turut mengasari pelakon wanita berkenaan," demikian laporan yang dipetik menerusi The New York Times.

Pemfailan itu dibuat selepas rundingan tentang penjualan kepentingan Angelina Jolie di Chateau Miraval kepada Pitt gagal.

Bekas suaminya itu dikatakan menuntut beliau menandatangani perjanjian untuk mengunci mulut, mengenai penderaan fizikal dan emosi yang pernah dilakukan aktor tersebut.

Sebelum itu, pelakon filem Mr & Mrs Smith dilaporkan bergaduh tentang hak penjagaan enam anak mereka termasuk tiga anak angkat.

Sumber: Sinar Harian, BBC & The New York Times

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami  DI SINIuntuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang