Tak dapat balik kampung 2 tahun berturut-turut gara-gara PKP, ini mungkin dapat ubati kerinduan kita

A
A
A

PENGUMUMAN yang dilakukan baru-baru ini, telah merobekkan banyak hati.

Nampaknya, dua tahun berturut-turut kita beraya bersendirian. Ada yang beraya berlima, ada yang berempat, ada yang berdua dan lebih sedih, seorang diri sahaja!

Apa yang akan kita fikirkan dan berlegar-legar dalam benak adalah bayangan kampung halaman yang meriah ditambah dengan pelbagai juadah makanan yang disediakan oleh ibu dan ayah.

Ah! Memang 'sakit' kalau nak dikenangkan.

Kepada warga Lembah Klang khususnya, walaupun idea ini seperti tidak mampu mengubati kerinduan sepenuhnya, tetapi sedikit sebanyak bolehlah membantu serba sedikit.

Alang-alang tak boleh balik ke kampung jauh nun di sana, apa kata anda menghalakan stereng kereta dengan berkunjung ke pusat beli-belah terbesar di Malaysia, apa lagi kalau bukan 1 Utama Shopping Centre yang terletak di Bandar Utama, Kuala Lumpur.

Nampaknya, mereka bersungguh-sungguh menyediakan suasana pulang ke kampung buat para pengunjung untuk meraikan kemeriahan Hari Raya bermula dari 21 hingga 16 Mei depan.

Pastinya ia amat bermakna buat kita yang tidak dapat pulang ke kampung.

1 Utama antara lain menghasilkan replika Rumah Tradisional Melaka pada ketinggian 35 kaki yang direka khas untuk menghasilkan suasana kawasan perkampungan di Oval Concourse, 1 Utama.

Menariknya, ia dilengkapi dengan 12 reka bentuk Tangga Melaka yang pelbagai.

Sudah tersedia indah, apalagi jom bergambar buat kenang-kenangan. Pilih saja mana spot kegemaran anda.

Spot Instagram #1: Rumah Tradisional Melaka dengan Tangga Melaka & Ruang Tamu

-Cari 12 jenis tangga pelbagai warna dan reka bentuk yang telah direplikasi dan ambil gambar karya seni ini yang dikelilingi pokok kelapa sebenar, pinang dan pokok pisang di kawasan sekitarnya.

-Jangan lupa untuk masuk ke dalam Rumah Utama dan melihat Ruang Tamu yang penuh nostalgia, lengkap dengan perabot vintaj serta antik seperti televisyen lama zaman atuk-atuk kita dan mesin jahit Singer.

 

Spot Instagram #2: Persembahan Aidilfitri dan Bengkel Kraf

-Uji kemahiran penggunaan kamera anda dengan mengambil gambar semasa persembahan live di Pangkin, dek kayu yang dinaikkan sebagai pentas persembahan semasa perayaan Raya ini.

-Daripada melodi Acapella ke balada Melayu dan tarian yang telah dikoreografi dengan rapi pastinya 1 Utama akan menjadi lebih meriah dengan pemandangan serta dendangan Raya.

-Belajar cara menenun mengkuang dan tikar rotan, mengukir tempurung kelapa sebagai hiasan dan cara mencanting batik menggunakan tangan daripada tukang bengkel Kraftangan Malaysia.

Spot Instagram #3: Permainan Tradisional Melayu di Balai dan Wakaf

-Ambil gambar candid dan main permainan tradisional Melayu seperti congkak, batu seremban, dam haji dan sepak raga di Balai dan Wakaf bagi mengimbas kembali zaman tradisional Melayu seperti dahulu kala.

 

Spot Instagram #4: Shopping Raya dan Baju Pengantin, Pameran Hantaran

-Jika ingin tampak bergaya semasa Hari Raya, kunjungi ke emporium yang terdapat pelbagai jenis kiosk raya untuk membeli-belah.

-Beli koleksi fesyen baju raya terkini dan aksesori untuk anda bergaya bagi mengambil gambar #OOTD.

-Pelbagai pilihan hadiah, biskut bahkan rendang dan kuih bahulu yang baru dimasak juga tersedia di LG Oval dan GF Centre Court.

-Pameran baju pengantin yang dipakai oleh pengantin lelaki dan wanita Melayu semasa perkahwinan dan idea hantaran juga akan dipamerkan di hadapan Uniqlo, GF Centre Court.

So, apa lagi? Jangan sedih-sedih kerana tak dapat pulang ke kampung, tetapi perasaan itu susah nak kita elak dan nafikan, bukan?

Mungkin dengan inisiatif 1 Utama ini bolehlah rawat kedukaan dalam hati kita. #RamadanDalamKeberkatan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca