3 kaedah halau ular daripada masuk rumah yang bermaharajalela ketika musim panas. Guna bahan dalam rumah jer

A
A
A

MUSIM panas ketika ini buat ramai tak keruan.

Bukan sahaja risau kesihatan akan terjejas, malah takut dengan kemunculan haiwan liar yang mungkin boleh mengganas.

Paling digeruni, pastinya ular!

Ini kerana banyak kes kediaman dimasuki reptilia itu yang keluar dari sarang dan mahu mencari tempat yang lebih sejuk.

Bukan satu dua, tapi banyak kejadian khususnya di kawasan penempatan berhampiran kawasan terbiar dan semak samun.

ular musim panas

Silap hari bulan, terpaksa call abang bomba atau APM untuk datang membantu.

Perkongsian tip halau ular oleh Arif Aura di akaun Tiktok mungkin boleh dipraktikkan sebagai persediaan.

 

Menurut lelaki yang dikenali dengan nama Pak Long itu, beliau menggunakan empat bahan untuk 'pagar' kawasan rumah daripada dimasuki ular.

Item yang diperlukan iaitu:

1. Sabut kelapa

2. Belerang

ular musim panas3. Kapur barus

4. Kemenyan

Cara penyediaan:

1. Bahan seperti belerang, kapur barus dan kemenyan ditumbuk halus.

2. Kelapa dibakar terlebih dahulu pada bahagian sabut.

3. Apabila sudah berasap, bubuh bahan yang ditumbuk tadi di atas bara api.

4. Perasap kawasan rumah pada sebelah petang selama tiga hari.

Baca juga Tak perlu jadi hero! Elak 3 perkara ini jika ternampak ular masuk kediaman

ular musim panas

Saran lelaki itu, bau asap tersebut boleh menghalau ular daripada masuk ke kawasan kediaman.

Sementara itu, Qaseh Nia yang juga pemilik akaun TikTok juga berkongsikan tip menarik untuk menghalau ular dan tikus.

Menurut perkongsian beliau, ramuan yang diamalkan sebenarnya untuk menghalau ular.

ular musim panas

Pun demikian, ia tetap menjadi kalau nak halau haiwan lain seperti tikus.

Empat bahan sahaja yang digunakan iaitu minyak kasturi, garam kasar, cengkih dan kulit kayu manis (ditumbuk halus).

Baca juga Awas! Cuaca panas musim ular masuk rumah & kereta, ini yang perlu anda ambil tahu

Semua bahan dicampurkan menjadi satu adunan. Kemudian letak di kawasan seperti penjuru rumah, tingkap atau dapur.

Lagi satu, kalian juga perlu pastikan kawasan rumah sentiasa bersih tanpa semak samun.

ular musim panas

Pastikan laluan air di dalam rumah ditutup rapat dan tingkap tutup jika tiada di rumah.

Sekurang-kurangnya, panduan yang dikongsikan boleh diamalkan dan barang mudah didapati dari dapur saja.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca