Beli semua keperluan raya di bawah satu bumbung. Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri sediakan semuanya

A
A
A

KEPADA anda yang mencari pelbagai barangan sempena Aidilfitri nanti, tidak perlu pening kepala.

Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri yang dianjurkan oleh Jati, jenama beras terkemuka Malaysia dengan kerjasama Malaysia Grand Bazaar (MGB), ecoBrown's, AirAsia SANTAN, KHIND, CHJ Motors dan Gracshaw menyediakan segala-galanya yang dicari.

Bertempat di Malaysian Grand Bazaar, orang ramai mula boleh bershopping sakan hingga 24 April dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Secara keseluruhannya, terdapat 60 gerai pilihan khas yang menawarkan kepelbagaian makanan dan minuman untuk berbuka puasa berserta juadah raya, barangan runcit, hasil seni dan kraf, koleksi busana raya untuk seisi keluarga, peralatan rumah dan banyak lagi jenama tempatan yang viral dan dipercayai.

Hmmm...bukan sahaja orang ramai daripada pelbagai pelosok negara yang bertandang, malah selebriti tempatan termasuk Sazzy Falak, Bella Astillah, dan Maryam & Ryzal Ibrahim yang terkenal kerana durian Kimchi TV pun membeli-belah di sini.

Pengurus Kanan Kumpulan Serba Wangi Sdn Bhd, Chua Keng Jin berkata, Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri harus dikunjungi kerana begitu banyak tawaran termasuk pelbagai aktiviti, peraduan, giveaway, permainan dan banyak lagi diadakan.

Haa... yang menariknya lagi, setiap pengunjung boleh menerima beg cenderahati dengan produk Jati Signature dan produk ecoBrown’s serta baucar dengan hanya melengkapkan ‘treasure hunt’ gerai-gerai di bazar. Tiada pembelian diperlukan!

Terdapat juga pemberian sampul Raya eksklusif untuk setiap pengumpul yang pasti akan menambah koleksi mereka.

Dalam pada itu, selebriti Sazzy Falak berkata, beliau gembira dapat melakukan pembelian di bazar bekenaan kerana begitu banyak jenama tempatan yang viral berkumpul di satu tempat.

"Syabas kepada Jati kerana menyokong dan memberikan ruang kepada usahawan tempatan untuk menyinar. Tetapan tempat adalah menakjubkan. Setiap sudut adalah Insta-worthy, benar-benar tempat sempurna untuk membeli-belah Ramadhan ini," katanya.

Anda jangan risau ya, parkir adalah percuma di Bukit Bintang City Centre.

Seperti yang diperkatakan tadi, banyak hadiah boleh dimenangi. Antaranya dengan menyertai peraduan Tangkap Gambar & Menang.

Mereka tawarkan hadiah mingguan Khind Intelligence Cooker bernilai RM148 dan Jati Signature Pusa Finest Basmathi Rice (2kg) bernilai RM25.50 dengan hanya mengambil gambar pada acara tersebut dan menyiarkannya ke laman sosial anda menggunakan tanda pagar #JatiMalaysia #MGB #JATIxMGB.

Buat gaya terbaik anda, klik, siarkan dan anda boleh menjadi salah seorang daripada pemenang bertuah!

Peraduan Beli & Menang pula memerlukan pembelian dari gerai ecoBrown’s, AirAsia SANTAN, Khind, CHJ Motors atau Gracshaw untuk bertanding bagi hadiah yang merangkumi 3X motosikal berjenama bernilai RM13,000 dan 10X topi keledar motosikal berjenama bernilai RM2,200.

Pengunjung juga berpeluang untuk dihiburkan dengan persembahan dan mengambil bahagian dalam aktiviti sepanjang hari seperti bengkel dan sesi permainan.

Kepada yang terlupa, JATI yang ditubuhkan sejak 1993 terkenal sebagai salah satu pengisar dan pemborong beras terkemuka negara yang memberi tumpuan kepada produk berasaskan beras termasuk siri Jati Signature Pusa Finest Basmathi iaitu Basmathi 1121, Original dan Basmathi 1509.

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.malaysiarice.com/index.php/en/.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca