Cara mudah jana pendapatan melalui YouTube
KETIKA ini ramai golongan selebriti yang mula membuka akaun YouTube masing-masing. Ini kerana dengan YouTube, seseorang itu boleh menjana pendapatan yang lumayan.
Membuka akaun YouTube adalah percuma, cepat dan cukup mudah.
Pernah terfikir tak untuk menjana pendapatan pasif melalui YouTube? Jika ya, di sini Sinar Plus kongsikan langkah mudah membuka akaun YouTube.
Langkah cara mendaftar akaun Youtube adalah seperti berikut:
1. Langkah Pertama anda perlu layari www.youtube.com dan klik Sign In
2. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan anda. Anda mesti memasukkan alamat e-mel yang sah untuk mendaftar.
3. Isi semula Usename dan Kata Laluan. Jika anda seorang yang pelupa adalah lebih baik menyalin di mana mana tempat untuk dijadikan rujukan bila perlu.
4. Langkah keempat: Klik bahagian “Setting”
5. Langkah kelima : Klik pada link Create a Channel
6. Langkah keenam : Anda boleh pilih sama ada ingin menggunakan profil sendiri atau menggunakan nama brand anda yang lain.J ika ingin menggunakan nama brand klik pada link use a business or other name.
7. Tahniah! anda telah mempunyai Youtube Channel. Sekarang anda boleh Customize paparan untuk Youtube Channel anda.
Mudah bukan? Selamat menjana pendapatan tambahan!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang