Cara penjagaan cermin mata

Cara penjagaan cermin mata
Cara penjagaan cermin mata
A
A
A

RAMAI yang memakai cermin mata tapi berapa ramai yang reti menjaganya? Lima tips penjagaan cermin mata perlu diketahui oleh semua pengguna cermin mata tidak kira pengguna baru ataupun lama.

Dengan penjagaan yang baik, hayat cermin mata mampu bertahan. Jadi tidaklah asyik kena tukar cermin mata baru saja. Jom kita lihat lima tips penjagaan cermin mata yang betul.

1. Jangan lap cermin mata semasa kering. Biasakan mencelup lensa ke dalam air bagi menghilangkan debu yang boleh menyebabkan lensa calar.

Cara penjagaan cermin mata

Basuh bingkai dan lensa sekerap mungkin dengan sabun lembut dan air suam bagi menghilangkan minyak dan kotoran. Kerap menggunakan juga bahan pencuci khas untuk cermin mata jika ada.

Cara penjagaan cermin mata

 

Sebelum membersihkan habuk cermin mata, sebaiknya basahkan terlebih dahulu sebelum lap.

Gunakan bahan pencuci khas untuk cermin mata.

2. Kain yang digunakan untuk mengelap cermin mata juga amat penting ya! Tapi kebanyakkan orang mengelap menggunakan baju, tisu dan lain-lain. Anda perlu tahu, yang kain kapas boleh mencalarkan permukaan cermin kaca mata.

Cara penjagaan cermin mata

Jadi seelok-eloknya menggunakan kain khas atau kain mikrofiber yang sesuai.

3. Gunakan bekas cermin mata dengan saiz yang sesuai, iaitu dari segi panjang, tinggi dan lebar. Bekas yang terlalu kecil akan merosakkan lensa dan bingkai.

Cara penjagaan cermin mata

 

Sentiasa bungkus kaca mata dengan kain pembersih lensa sebelum memasukkan cermin mata ke dalam bekas agar lensa sentiasa dalam keadaan baik. Simpan cermin mata anda di dalam bekas yang telah diberikan sekali.

4. Jangan cuba membuka cermin mata anda dengan menggunakan sebelah tangan. Supaya bingkai tidak lari 'alignment' dan selesa dipakai. Selalu gunakan kedua-dua tangan bagi mengelakkan kerosakan pada bingkai dan lensa.

Cara penjagaan cermin mata

5. Jangan letakkan kanta cermin mata anda menghadap permukaan kasar. Selalu letakkan cermin mata anda dalam kedudukan yang betul dan deal.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca