Generasi muda berjaya buktikan TikTok mampu divariasikan, Baby Shima artis paling popular TikTok
MUNGKIN satu ketika dahulu ramai dalam kalangan masyarakat di Malaysia mengecam pengguna aplikasi TikTok sejak ia mula diperkenalkan beberapa tahun lalu gara-gara kandungannya yang dilihat tidak mendatangkan faedah dan lebih kepada video tarian semata-mata.
Namun, lama-kelamaan semakin ramai generasi muda berjaya membuktikan bahawa penggunaan TikTok dapat divariasikan dengan pelbagai kandungan menarik seperti berkongsi tip gaya hidup, teknologi, motivasi termasuk berkongsi resepi masakan.
Tambahan pula kini sejak pandemik Covid-19, ramai pengguna memuat turun aplikasi TikTok bagi mencipta keseronokan bersama ahli keluarga di rumah selain menghilang kan bosan.
Malahan kini, ramai dalam kalangan pengguna TikTok juga sudah bergelar selebriti di media sosial disebabkan oleh mereka mempunyai ramai pengikut.
Berapa ramai pengikut dan sepopular manakah mereka?
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh TikTok, pengguna TikTok paling popular di Malaysia merupakan individu yang mempunyai lebih empat juta pengikut dan berjaya mendahului pengguna siri animasi popular iaitu Upin & Ipin yang kini menduduki tempat kedua. Wow! Pengikut mengalahkan selebriti terkenal!
Antara barisan pengguna yang menduduki carta tiga teratas aplikasi TikTok di Malaysia adalah seperti berikut dan mungkin korang juga ada yang mengenali mereka:
1. roshannnn1 (4,666,772) pengikut
2. official (3,918,699) pengikut
3. jeffyuman (2,911,949) pengikut
Aplikasi yang pada mulanya direka khas untuk penggunanya mempertontonkan 15 saat klip video hasil ciptaan mereka kepada umum nampaknya ‘menjadi’.
Tambahan pula ia kini begitu kaya dengan konten menarik dari segi video lip-sync, komedi, tarian, dan ‘challenge’ menyebabkan aplikasi itu semakin mendapat sambutan dan orang ramai mula tertarik untuk mencuba.
Barisan selebriti juga turut tidak ketinggalan menggunakan platform TikTok sebagai media hiburan mereka dalam masa yang sama mengumpul pengikut dan menyajikan peminat dengan konten-konten menarik.
Di sinilah idea dan kreativiti masing-masing terserlah!
Barisan selebriti yang popular di TikTok pula adalah seperti berikut :
1. Baby Shima (@babyshimaofficial)
2. Alieff Irfan (@irfxn__)
3. Alvin Chong (@alvinchong123)
4. Aeril Zafrel (@aerilzafrel8)
5. Nora Danish (@noradanishhanif)
6. Achey Bocey (@achey66)
7. Mugen Rao (@themugenrao)
8. Azar Azmi (@azarazmi)
9. Afifie Laila (@mokepah)
10. Fasha Sandha (@nurfashasandha)
Tak sangka bukan? Untuk pengetahuan, hasil tinjauan SinarPlus, artis paling popular di TikTok yang dikenali sebagai Baby Shima kini mempunyai lebih dua juta pengikut.
Baby Shima juga dilihat sering menghasilkan video cabaran setiap kali ada ‘challenge’ baharu yang trending di TikTok.
Adakah itu punca Baby Shima popular dan mempunyai jutaan pengikut di TikTok? Mungkin korang juga boleh cuba. Siapa tahu teknik mudah itu bakal membuahkan hasil.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang