Guna alat pembesar suara, media sosial berkempen, perang bendera PRN Melaka kini bermula

A
A
A

PILIHAN Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung secara norma baharu menjadi cabaran besar kepada semua calon terutamanya muka baharu.

PRN Melaka juga menyaksikan peningkatan calon yang mengambil bahagian dalam proses demokrasi itu melibatkan seramai 112 orang berbanding 85 calon pada Pilhan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Tenyata, sudah tentu dimensi politik baharu ini menjadi cabaran kepada calon untuk berkempen dalam negara masih bersisa wabak Covid-19.

Sebaik pengumuman calon di 28 dun semalam, kelihatan bendera-bendera parti mula dipacakkan di sepanjang jalan raya.

Guna alat pembesar suara, media sosial berkempen, perang bendera PRN Melaka kini bermula Foto Nur Farina Rauf

Guna alat pembesar suara, media sosial berkempen, perang bendera PRN Melaka kini bermula Foto Nur Farina Rauf

Guna alat pembesar suara, media sosial berkempen, perang bendera PRN Melaka kini bermula

Guna alat pembesar suara, media sosial berkempen, perang bendera PRN Melaka kini bermula

Menurut laporan portal tempatan, kemeriahan mula terasa namun sedikit janggal apabila hari ini yang telah memasuki hari kedua belum kelihatan calon berebut turun berkempen.

Adakah mereka belum bersedia atau menyimpan senjata kempen pada saat akhir?

PRN Melaka turut menyaksikan beberapa keunikan kerana beberapa parti mengetengahkan muka baharu yang separuh daripadanya merupakan calon orang muda.

Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telahpun mengedarkan prosedur operasi standard (SOP) kempen sepanjang PRN kepada calon selepas proses penamaan calon semalam.

Antara idea yang dilihat menarik apabila disarankan penggunaan alat pembesar suara yang diletakkan pada kenderaan dan calon turut diseru memanfaatkan sepenuhnya kempen di media sosial.

Suka atau tidak, kempen normal baharu ini perlu dilaksanakan segera agar menifesto serta komitmen mereka dapat difahami dan diterjemahkan warga Melaka ke atas kertas undi.

Selamat memilih wahai warga Bandaraya Bersejarah! Jalankan tanggungjawab korang sebaiknya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca