Guna pinggan putih, makanan lebih sedap berbanding pinggan merah? Ini kajian menarik penyelidik
PERKARA asas dalam kehidupan adalah memerlukan seseorang itu makan dan minum serta mempunyai tempat tinggal yang selamat.
Pun demikian, berkisar mengenai makanan, kongsi pakar otak dan kesihatan, Dr Rizal Abu Bakar, beliau pernah menghuraikan satu kajian menarik dalam satu sesi coaching neuromarketing.
Tulis beliau di Facebook, kajian berkenaan dikaitkan dengan cara bagaimana seseorang itu boleh kurang dan makan berlebihan.
“Kalau anda di kedai makan atau restoran mahupun hotel, anda pasti perasan satu persamaan yang mana hampir kesemua menggunakan pinggan berwarna putih,” ujar Dr Rizal.
Mengapa agaknya?
Menjawab kepada soalan di atas, sebenarnya hal itu telah dikaji oleh Universiti Oxford, United Kingdom dan diterbitkan dalam jurnal saintifik Appetite.
Menariknya, sesuatu yang tidak dijangka diperoleh daripada dapatan kajian.
“Apabila makan dengan menggunakan pinggan putih, orang akan makan dengan banyak. Mereka cakap makanan tersebut sedap.
“Sebaliknya, apabila makanan yang sama diletakkan dalam pinggan merah, mereka makan hanya sedikit sahaja. Kata mereka, makanan itu kurang sedap,” jelas Dr Rizal.
Ujar beliau, itulah contoh bagaimana manusia membeli dengan mata.
“Makanan sedap kerana mata bukan lidah dan bau,” beritahu beliau.
Jadi, melalui kajian di atas, terdapat beberapa perkara yang boleh kita pelajari iaitu:
i) Cuba semak pinggan yang digunakan di rumah. Jika ingin kurangkan makan, gunalah pinggan berwarna merah.
ii) Jika anda merupakan seorang ahli perniagaan, pastikan anda guna warna putih, bersih dan murni warnanya. Lebih sedap makanan yang anda sajikan.
iii) Kalau hendak ‘menang’ hati pasangan, hidangkan dengan pinggan putih dan cawan juga berwarna putih. Makanan dan minuman menjadi lebih sedap dan selepas itu baru mulakan sesi luahan.
Baca juga: Petua berkesan rawat sakit kepala dan angin dalam badan
“Biasanya hajat lebih mudah dapat dan ditunaikan.
“Ini contoh powernya research dalam bidang neuromarketing. Bukan sahaja bagus untuk perniagaan, malah boleh diguna dalam rumah tangga,”tambah Dr Rizal.
Selamat mencuba!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang