Ingin tahu rahsia keinginan wanita 40-an daripada pasangan? No. 4 paling ramai yang rasa sakit hati

A
A
A

DALAM menjalinkan hubungan, perasaan ingin dicintai dan mencintai adalah teras bagi memastikan ikatan yang terjalin tidak putus di tengah jalan.

Ada yang kata, kalau sudah suka, bau kentut pun harum.

Bagaimanapun, sebaiknya perasaan cinta itu tidak perlu kembang mekar hanya ketika berusia muda, tetapi perlu dipelihara sehingga ke akhir hayat.

Bagi wanita, keinginan mereka boleh dikatakan berubah dan berbeza berbanding pada usia remaja dan dewasa.

Justeru, berikut merupakan antara keinginan wanita setelah memasuki usia 40-an, tetapi harus diingat bahawa pandangan ini hanyalah daripada pemerhatian SinarPlus sahaja.

Sekiranya ada yang memiliki pandangan berbeza, sila komen di bawah untuk perkongsian bersama:

1. Kejujuran dan setia

Bukan bermaksud ketika awal hubungan wanita tidak memerlukan kejujuran dan setia, tetapi apabila semakin bertambah usia, kedua-dua hal tersebut merupakan asas utama khususnya bagi pasangan berumah tangga.

Wanita berusia inginkan lelaki yang jujur dan tidak kerap melakukan 'bohong sunat' semata-mata untuk menyembunyikan kecurangan.

Disebabkan enggan terus menjadi mangsa, wanita lebih rela hidup sendiri daripada menjadi mangsa selingkuh.

2. Dibandingkan dengan wanita muda

Jangan kata orang dewasa, bahkan kanak-kanak juga tidak suka sekiranya kelemahan mereka menjadi sesuatu perbandingan dengan orang lain. Inikan pula wanita!

Setiap wanita menginginkan pasangan menghargai dan menerima mereka seadanya meskipun sedang dalam fasa penambahan usia.

Perkara sensitif seperti bentuk badan dan kedutan pada wajah antara hal yang mampu menyinggung perasaan.

3. Ucapan 'Aku cinta padamu'

Sepotong kata itu mungkin dipandang remeh, tetapi buat wanita yang memasuki usia 40-an, hal tersebut diperlukan dalam hubungan.

Kehangatan asmara itu perlu dikekalkan biarpun telah berusia dan sebaiknya ucapkanlah 'aku mencintaimu' dengan serius serta bersungguh-sungguh.

4. Bosan dengan drama

Perasaan cinta monyet lebih kepada sifat keanak-anakan apabila memperbesarkan perkara kecil semata-mata untuk meraih perhatian.

Tidak salah jika sesekali inginkan 'drama' sebagai 'penambah rasa' dalam hubungan, tetapi sekiranya ia bersifat terlalu keterlaluan dan over, ia agak annoying sebenarnya!

Lingkungan usia sebegini, wanita lebih menginginkan lelaki yang bertanggungjawab dan bersedia memberikan 100 peratus komitmen lagi dalam perhubunganan.

Biarpun lelaki terbabit lebih muda, tetapi pemikirannya sepatutnya kena jauh lebih matang daripada usia.

5. Perhatian dan masa bersama

Memberi jambangan bunga pada setiap hari kekasih itu menjadi salah satu kebiasaan pasangan bercinta atau baru berumah tangga sebagai simbolik kasih sayang.

Bagaimanapun, pada usia 40-an, wanita lebih mementingkan perhatian dan ruang untuk menghabiskan masa bersama.

Tidak semestinya perlu berkepit 24 jam seperti belangkas, tetapi sesetengah perkara wanita memerlukan perhatian pasangan untuk meluangkan waktu bersama seperti mendengar cerita atau lakukan aktiviti kegemaran.

Lebih rasa diri dihargai sekiranya suami membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah dan sesekali memasakkan apa sahaja hidangan walaupun simple sahaja untuk isteri.

Meskipun bersungguh-sungguh mencurahkan kasih kepada pasangan, namun ada juga hubungan yang mengharapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Tidak perlu khuatir kerana setiap hubungan itu mempunyai pasang surutnya.

Kita semua ini diibaratkan seperti pepatah, bumi mana tidak ditimpa hujan.

Paling utama komunikasi itu penting dalam menjaga keharmonian rumah tangga bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca