Kalau betul peminat drama Korea, try asah pemahaman dengan klu gabungan gambar ini. Lucu tapi menarik!
BAGI peminat drama atau filem Korea, pastinya mereka sudah hadam setiap perkataan atau bahasa pasar yang sering digunakan dalam setiap skrip perbualan.
Lebih-lebih lagi jika si gadis menyebut perkataan ‘oppa’ yang membawa maksud abang dalam drama-drama genre romantik…memang sweet bunyinya, kan?
Lagi satu perkataan yang memang sebati dalam diri peminat K-drama ini juga seperti 'saranghae' dan 'daebak'. Betul tak?
Okey! Bagi mereka yang betul-betul hebat dalam bahasa Korea sehinggakan sudah tahu maksud setiap perbualan pelakon K-drama, ini ada kuiz untuk menguji kehebatan.
Perkongsian pemilik akaun Facebook, Lidia LoveDaisy ini antara ujian pemanas badan buat peminat K-drama. Jom asah pemahaman dengan klu gabungan gambar di bawah:
Apa yang melucukan, gambar Tauke Raja Lawak pun ada sekali sebagai hint jawapan bagi soalan yang diberikan. Kena pula tu bunyinya!
Tapi ada satu soalan ini, maafkan saya dalam bahasa Korea dengan hint mi dan seorang pekerja mamak. Jawapan yang diberikan bikin warganet geli hati.
Ramai yang berseloroh dengan jawapan mi hitamlah, mi mamak dan mi kicap padahal jawapan yang betul adalah 'mianhae' atau sebutan 'mianey'.
Kuiz tersebut tidak terhenti setakat itu saja, ada sambungan siri kedua bagi mereka yang ‘lulus’ dengan jawapan cemerlang.
Jadi, apa tunggu lagi? Jom asah bakat berbahasa Korea dengan kuiz terbaharu. 'Aja aja hwaiting' (jom berjuang)!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang