Letak asam keping bantu tauge segar & kekal ranggup sampai 3 hari, mudah!
Tauge antara sayuran yang mudah untuk disediakan. Namun kebanyakkan daripada kita yang membeli tauge pasti akan terus masak kerana jika disimpan berhari-hari akan berubah daripada putih bersih menjadi lebam dan terpaksa dibuang.
Bagaimana nak buat supaya tauge yang dibeli tahan lama, tidak lembik dan nampak segar? Boleh tahan hingga tiga hari tanpa nampak layu dan lebam. Nak petua simpan tauge supaya tahan lama? Ini caranya.
Bahan-bahan:
- Tauge
- Air bertapis
- Asam gelugur
Cara-cara:
1. Bersihkan tauge dengan air bertapis kemudian toskan.
2. Masukkan air ke dalam bekas bersesuaian dan masukkan asam gelugur. Jika tauge sedikit, guna 1 keping sahaja. Jika banyak, boleh guna lebih. Biarkan asam gelugur terendam dalam air selama 5-10 minit.
3. Kemudian masukkan tauge tadi. Pastikan tauge direndam sepenuhnya dan biarkan asam jawa di dalam bekas tersebut.
4. Simpan bekas berisi tauge di dalam peti sejuk. Hasilnya, tauge kekal segar, tidak lembik dan tidak lebam walau disimpan selama 3 hari.
Mudahkan? Lepas ini tak perlu risau dah kalau simpan tauge lama-lama di peti ais
Sumber: FB Norhaniza Kamaruddin
Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang