Masih berbaki 12 jam lagi untuk rebut peluang jualan hujung tahun Lazada 12.12
MASIH berbaki kurang 12 jam lagi untuk menikmati tawaran potongan harga yang cukup berbaloi-baloi sempena jualan hujung tahun Lazada 12.12 pada hari ini.
Bagi mereka yang terlepas tawaran hebat pada jam 12 tengah malam sehingga 2 pagi tadi, tidak mengapa kerana masih ada lagi diskaun hebat menanti.
Pelbagai aneka fesyen ditawarkan pada potongan harga 80 peratus dan tambahan 15 peratus lagi untuk produk pakaian terpilih Fashion Fast Forward di LazMall.
Busana santai dan formal lelaki dan perempuan yang ditawarkan juga menarik seperti jenama Burton Menware London, Topman, Dorothy Perkins, Warehouse dan banyak lagi.
Selain itu, banyak lagi produk jenama antarabangsa yang masih menawarkan potongan harga menarik untuk kelengkapan rumah. Bagi yang mengidam robot vakum, bolehlah usha Roborock di LazMall.
Robot laser yang diprogramkan untuk kerja-kerja pembersihan ini cukup menarik kerana memudahkan kerja suri rumah dan wanita bekerjaya. Bukan sahaja jimat masa, rumah pun bersih sentiasa.
Ada empat pilihan model yang ditawarkan dengan potongan harga sebanyak 50 peratus. Cukup berbaloi bagi mereka yang mengimpikan robot vakum ini untuk kelengkapan rumah.
Bukan sahaja kelengkapan rumah dan busana ditawarkan pada harga cukup berbaloi, Lazada 12.12 juga memberi peluang kepada kaki gajet untuk menambah baik perkakas elektronik dengan pilihan model baharu.
Bagi peminat jenama Xiaomi Official Store Global di LazMall, ada tawaran menarik menanti mereka yang ingin mendapatkan telefon pintar pada harga bawah RM400. Tidak percaya? Lihat sahaja tawaran Redmi Note8 dan Redmi 9 yang ditawarkan diskaun 20 peratus hingga 50 peratus.
Seperti yang ditawarkan Smart Phone Store di LazMall, pelbagai model telefon pintar diberi potongan harga sebanyak 52 peratus.
Jika tidak berminat memiliki telefon baharu, boleh juga usha aksesori seperti pengecas magnetik tanpa wayar, kabel pengecas, casing telefon yang berkualiti ditawarkan Baseus Official Store di LazMall.
Jangan lepaskan peluang ini kerana jualan mega Lazada 12.12 ini akan berakhir pada jam 12 malam ini sahaja.
Seperti perkongsian SinarPlus sebelum ini, gedung jualan maya Lazada Malaysia menawarkan pelbagai potongan harga menarik untuk pembelian pelbagai jenama produk yang ditawarkan 12 kali lebih murah daripada harga biasa.
Jangan lepaskan kempen Mesti Beli Grand Countdown untuk jenama Carlo Rino, Hush Puppies dan Roscani selain Russell Taylor serta Corvan.
Memang menarik dan harga pun cukup menjimatkan. Hanya untuk satu hari sahaja! Peluang keemasan untuk mendapatkan barangan idaman pada harga menarik untuk 12.12 jangan dilepaskan ya!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang