PPIM mohon penjelasan penggunaan perkataan 'gay' pada aiskrim. Memang melampau!

A
A
A

MENGEJUTKAN dan ini antara berita yang heboh diperkatakan dalam media sosial sejak dua menjak ini

Jika tidak, masakan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bangkit meminta sebuah syarikat pengeluar aiskrim popular menjelaskan penggunakan perkataan 'gay' pada produk mereka.

Tegas Nadzim, syarikat tersebut seharusnya lebih sensitif terhadap penggunaan perkataan tertentu bagi mengelakkan berlakunya salah faham atau pertelingkahan antara kaum.

Katanya, terdapat banyak perkataan lain yang boleh digunakan bagi menggambarkan keriangan saat menikmati hidangan aiskrim.

"Saya mengharapkan agar mereka tampil memberi penjelasan terhadap pemilihan perkataan itu kerana bimbang produk tersebut turut dimakan oleh golongan kanak-kanak.

"Kita ini hidup dalam masyarakat majmuk, seharusnya sebarang penggunaan perkataan atau tindakan perlu dilakukan dengan teliti sebelum dipasarkan.

"Sekiranya tiada alasan kukuh, tindakan serius perlu diambil kerana perkara ini turut melibatkan kesucian agama Islam," jelasnya.

Mengikut pandangan warganet, penggunaan perkataan tersebut dilihat seperti cubaan syarikat terbabit untuk menggalak dan menyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menerusi tinjauan kami semalam, tertera kenyataan 'Golden Gaytime' dan 'Delicious Chances To Have A Gay Time!" pada bahagian hadapan kotak aiskrim tersebut.

Produk makanan tersebut dijual di tempat terbuka bersama dengan beberapa jenama lain di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur.

Pun demikian, aiskrim tersebut tidak dipromosikan di laman rasmi Instagram jenama terbabit.

Difahamkan produk tersebut turut mendapat tentangan di republik Indonesia pada tahun 2018.

Dijual pada harga RM43.90 sekotak, aiskrim tersebut hadir dipercayai telah berada di pasaran Malaysia sejak akhir tahun 2020.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca