Tidak patut berkelakuan kurang sopan, menyakiti OKU. Pejabat Mufti WP tegur netizen 'serang' atlet paralimpik Ukraine
SEJAK beberapa hari lalu, nama atlet lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menjadi trending di media-media sosial.
Semua itu gara-gara penyertaan atlet paralimpik negara itu dibatalkan selepas kem Ukraine termasuk dua lagi negara lain melakukan protes terhadap Ziyad yang lambat memasuki bilik persediaan atlet sebelum turun ke padang.
Jika aduan itu tidak dibuat, Muhammad Ziyad berjaya mencetak kegemilangan dan membawa pulang pingat emas, selain memecah rekod dunia. Namun, itu tidak terjadi kerana aduan yang dibuat.
View this post on Instagram
Tidak puas hati dengan isu tersebut, apa lagi 'Tentera Bawang Malaysia' naik berang dengan tindakan yang dilakukan oleh kem Ukraine sehingga mereka bertindak secara tidak profesional.
Bukan nak cakap apa, mereka telah meluahkan kata-kata kesat dan tidak beradab kepada atlet negara itu yang juga kategori orang kurang upaya (OKU) dalam kategori F20 iaitu yang mengalami masalah pembelajaran.
Rentetan daripada kejadian tersebut, pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP) telah tampil memberi teguran tegas.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Menerusi satu ciapan di Twitter, mereka antara lain berkata: "Islam merupakan agama yang mengajar penganutnya agar menjaga akhlak dan tingkah laku yang baik. Tidak sepatutnya bagi seorang Muslim itu berkelakuan kurang sopan apatah lagi menyakiti OKU."
Islam merupakan agama yang mengajar penganutnya agar menjaga akhlak dan tingkah laku yang baik. Tidak sepatutnya bagi seorang Muslim itu berkelakuan kurang sopan apatah lagi menyakiti orang kurang upaya (OKU). Sabda Rasulullah SAW:
ملعون من كمه أعمى عن الطريق https://t.co/E7F4JVWo24
— Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (@pejabatmuftiwp) ?ref_src=twsrc%5Etfw">September 1, 2021
Ujar Pejabat Mufti WP lagi, sekalipun kita kecewa dan marah, tidak sepatutnya kita menghamburkan kata-kata kesat.
"Ingat, setiap perbuatan dan tulisan kita akan dihitung oleh ALLAH SWT.
"Nasihat kami kepada orang-orang yang menyakiti OKU, jagalah akhlak dan tingkah laku kita semua daripada perkara keji.
"Ingatlah sesungguhnya Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk memperbaiki akhlak dan budi pekerti, seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang berbunyi: 'Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik'," kata pejabat berkenaan.
Justeru, kepada anda di luar sana yang menyimpan perasaan geram terhadap apa yang berlaku ke atas Muhammad Ziyad, lupakanlah.
Baca juga: Kronologi pingat emas Ziyad ditarik, rekod dunia baru terbatal, berikut 10 info mengenainya
Ketahuilah setiap perkara yang berlaku pasti ada rahmat di sebaliknya.
Jadilah contoh teladan yang baik buat keluarga, masyarakat dan negara secara keseluruhannya.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang