Keunikkan lagu Matahari popularkan Maya

Keunikkan lagu Matahari popularkan Maya
Keunikkan lagu Matahari popularkan Maya
A
A
A

Myanaliza Ruslee atau lebih dikenali dengan nama Maya Matahari  merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengacara dan pernah bergelar penyampai radio.

Maya dilahirkan pada 13 Mei 1976 di Johor Bahru, Johor.

Allahyarhamah menceburi bidang seni pada 25 Mac 1995 dengan album pertamanya berjudul 'Matahari'.

Sejak itu Maya terus dikenali dengan nama Maya Matahari apabila lagu berjudul Matahari menjadi siulan ramai.

Dua buah album Maya kemudian menyusul iaitu 'Diari Biru' dan 'Mata. Namun tetap tidak dapat menandingi kehebatan lagu Matahari. Disebabkan itulah, nama Maya terus dikenali dengan panggilan Maya Matahari.

Matahari

Terbit sinar mentari

Saban hari

Mengejut mimpi

Dari lena

Riang kenari

Di cemara

Mengusik sukma

Bunga-bunga matahari

Anggun mekar

Di taman sari

Warna jingga

Suntingan hati

Bagai tanda

Kasih bersemi

Hangatnya sinaran

Walau getir ku tempuh dugaan

Menyahut wawasan

Ku pohonkan segunung harapan

Bangkitkan citramu insan

Dalam diam menyambung warisan

Sekilas sinar mentari

Melewati di senja menanti

Maya juga berbakat dalam bidang lakonan. Antara lakonannya adalah dalam filem Gemerlapan pada tahun 1997. Pernah juga mendapat peluang berlakon teater Nyiur Gading Puncak Mahligai, Uda & Dara, Seruan Damai dan Hotel Malaya serta banyak lagi drama dan sitkom televisyen.

Dalam kehidupan peribadinya, Maya pernah berkahwin pada 26 Jun 2009 dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz namun perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga Ogos 2015. Pasangan ini tidak mempunyai cahaya mata.

Pada 2018, Maya membuat kemunculan kembali dengan lagu terbaru 'Perlu Ada Setia' dan pada masa yang sama menjadi peserta Gegar Vaganza musim yang kelima.

Selepas itu Maya telah dilamar untuk menjadi penyampai radio di Best FM dan menggunakan nama Mya Ruslee.

Maya meninggal dunia pada usia 44 tahun akibat kanser.

Ketika hayatnya, Maya seorang yang periang dan cukup mudah didekati. Antara rakan-rakan artis yang rapat dengannya seperti Haiza, Ieda Moin, Jaafar Onn, Rohana Jalil dan ramai lagi.

Sehingga kini, walaupun Maya telah tiada, namun lagu Matahari akan terus kekal dalam kenangan industri hiburan tempatan.

Alfatihah

Myanaliza Ruslee

(1976 - 2020)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca