“Famili keutamaan, Allah jangan ditinggal…” tidak salahkan sesiapa, keluarga reda pemergian jurutera kimia

A
A
A

KEHILANGAN orang yang tersayang merupakan ketentuan yang amat pedih namun tetap perlu ditempuhi.

Pemergiaan ahli keluarga adalah duka yang amat memilukan. Terbayangkan saat-saat terakhir bersama, sedih dan sebak membungkam di dada.

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang pemuda ditemui meninggal dunia di rumah sewa.

Sehari sebelum ditemui, Allahyarham difahamkan telah menumbuk pintu kaca sebuah masjid di Taman Scientex, Pasir Gudang sehingga menyebabkan kecederaan pada pergelangan tangan dan kaki.

Pemergian Allahyarham Muhammad Sufian bin Mohd Said terus diingati kakaknya, Siti Ayu Megawati dalam luahan di laman sosial Facebook.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Perginya seorang pejuang, seorang adik, seorang anak, seorang sahabat yang sangat baik.

“Sangat memikirkan ummah. Tenanglah adik kesayangan kami semua di sana. Allah lebih menyayangi arwah,” tulisnya.

Lebih menyayat hati, menrut Siti Ayu, pemergian jurutera berkenaan jatuh pada tarikh kematian ibu tercinta.

Dalam pada itu, beliau berkongsi momen bersama Allahyarham.

“Rehatlah, rehatlah dik. Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa indahnya memiliki seorang adik yang bernama Muhammad Sufian bin Mohd Said.

“Indahnya dapat bersama, indahnya dapat berkongsi rasa, tawa, tangis dan segalanya. Indah segala-galanya.

Siti Ayu turut berkongsi Allahyarham Muhammad Sufian pernah meninggalkan pesanan berkaitan keluarga. Pun begitu, dia reda dengan takdir ALLAH.

“Pesanan akhir arwah, family adalah keutamaan. Allah jangan ditinggalkan.

“Semua yang berlaku adalah asbab ALLAH SWT. Sudah tiba masa, ya ALAH kami reda.”

Susulan itu, Siti Ayu turut menitipkan doa agar mereka sekeluarga diberikan kekuatan menempuh hari-hari mendatang tanpa kehadiran adiknya.

Dalam hantaran terkini di Facebook, dia juga turut memohon orang ramai agar tidak menyalahkan sesiapa berikutan pemergian adiknya susulan berita pemergiaan Allahyarham yang tular di laman sosial.

“Pesanan dan peringatan untuk semua. Berhati hatilah dalam berbicara atau menulis.

“Tolong sangat jangan salahkan mana-mana pihak atas kehilangan almarhum adik saya.

“Semua yang terjadi adalah asbab ALLAH SWT. Kami sekeluarga tidak menyalahkan sesiapa.

"Kami reda atas apa yang berlaku. Jadi berhati hatilah kita semua dalam berbicara,” tulis Siti Ayu.

Menerusi perkongsian Geng Bakal Jenazah, jenazah Allahyarham Muhammad Sufian telah diuruskan dengan baik di Hospital Sultan Ismail dan telah di bawa pulang ke kampung halamannya di Kuala Berang, Terengganu untuk pengebumian.

Malah turut diceritakan kebaikan yang dilakukan Allahyarham semasa hayatnya.

"Setiba di surau kampung halaman, Allahyarham terus disolatkan oleh penduduk dan sahabat handai yang mengenali.

“Allahyarham ni baik orangnya. Banyak membantu penduduk kampung di sini dari segi kewangan dan macam-macam lagi.

“Ramai yang solatkan Allahyarham.. ALLAH..Beruntung beliau..,” katanya.

Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi kehilangan ini. Al-Fatihah.

Sumber: Siti Ayu Megawati, Geng Bakal Jenazah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca