#SiBibirMerah: Salah siapa 6,075 kes positif Covid-19? Selangor tawar khidmat saringan percuma

A
A
A

TERKEDU dan kecewa!

Tergamam Bibir Merah membaca perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

Masakan tidak, pada hari ini sahaja bertarikh 19 Mei 2021, Malaysia mencatatkan sebanyak 6,075 kes positif wabak Covid-19.

Sedar atau tidak, angka harian tersebut merupakan jumlah tertinggi sejak negara 'diserang' penularan koronavirus awal tahun lalu. Pertambahan kes baharu berkenaan menjadikan keseluruhan kes sebanyak 485,496.

Berdasarkan rekod, Malaysia pernah merekodkan jumlah jangkitan Covid-19 tertinggi sebanyak 5,725 itupun pada Januari 2021.

Menurut Dr Noor Hisham, Selangor merekodkan jumlah tertinggi dengan 2,251 kes postif Covid-19 baharu.

dr hishamMENERUSI laman sosial Facebook, Dr Noor Hisham memuat naik jumlah kes Covid-19 mencatatkan sebanyak 6,075 yang tertinggi di Malaysia.

Ia diikuti Johor sebanyak 699 kes, Kuala Lumpur (660), Kedah pula dengan 445 kes dan seterusnya, Kelantan sebanyak 441 kes.

Berikutan peningkatan kes Covid-19 di Selangor, kerajaan negeri mengambil inisiatif melaksanakan Saringan Komuniti Bersasar di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor.

Ujian saringan itu dilaksanakan di seluruh negeri bermula pada 8 Mei hingga 10 Jun 2021 yang mana semuanya ditanggung penuh Kerajaan Negeri Selangor. Pendek kata, percuma!

Langkah tersebut dilakukan memandangkan kebanyakan penduduk di negeri berkenaan tidak bergejala atau pembawa senyap sehingga menyebabkan gelombang Covid-19.

covidKHIDMAT saringan diberikan secara percuma kepada rakyat Selangor mengikut DUN di negeri tersebut. Gambar hiasan

Selepas menjalani ujian saringan pihak kerajaan negeri dapat mengenal pasti individu yang positif dan negatif, maka pengasingan dapat dilaksanakan segera.

Justeru, warga Selangor masih belum terlambat dan segera merujuk laman sosial milik Kerajaan Negeri Selangor atau layari, www.amirudinshari.com/saringan-covid19 bagi mengetahui lokasi dan tarikh khidmat saringan percuma di Dun masing-masing.

saringan selangorAgak-agaknya sampai bila kita harus berdepan dengan situasi seumpama ini? Salah siapa? Adakah pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang lemah atau terlalu ketat membuatkan rakyat letih?

Ataupun akibat sikap sesetengah masyarakat yang mementingkan diri sehingga hilang empati pada orang sekeliling khususnya barisan frontliners?

Jika dihitung pandemik Covid-19 di Malaysia bukan berlaku semalam, sebaliknya sudah setahun setengah. Seharusnya, kita sudah sedia maklum dan sebati dengan SOP yang diperkemaskan dari semasa ke semasa.

covidBerkali-kali ditegaskan supaya mematuhi peraturan antaranya memakai pelitup muka, kawal penjarakan fizikal, elak berkumpul dan merentas baik negeri mahupun daerah, tetapi masih ada yang berdegil!

Masih ada yang merentas negeri misalnya, pada sambutan hari raya baru-baru ini. Tak percaya?

Lihat sahajalah deretan kenderaan di Lebuh Raya Karak menghala ke ibu negara hingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Ramai yang mempersoalkan mengapa begitu banyak jumlah kenderaan di Plaza Tol Gombak menghala ke Kuala Lumpur, walhal negara sedang melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Adakah kenderaan yang dari arah Pantai Timur ini merentas negeri menggunakan alasan 'perkahwinan jarak jauh (PJJ)'?

“Orang lain sanggup kekal beraya di rumah, mereka senang-senang pula keluar masuk negeri. Nanti dijangkiti virus mulalah salahkan orang lain dan kerajaan," luah salah seorang warga maya.

Pun begitu, pihak polis memaklumkan pemeriksaan di Sekatan Jalan Raya (SJR) mendapati sebahagian besar kenderaan diperiksa memiliki dokumen rentas negeri.

Penghuni pusat kuarantin MAEPS main TikTok buat fashion show hilangkan bosanNasihat Bibir Merah, tolonglah menjadi rakyat yang bertanggungjawab bagi mengekang penularan Covid-10. Teruskan misi #kitajagakita demi kesejahteraan negara.

Tambahan pula, kapasiti di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) serta kemudahan kesihatan sedia ada semakin getir susulan peningkatan kes harian yang tinggi.

Malah, Pakar Kesihatan Ibu Hamil & Janin, Dr Imelda Balchin juga menerusi ciapan Twitternya baru-baru ini menulis: "Masalahnya sekarang, tak kisahlah anda percaya Covid-19 wujud ke tidak.

"Hakikatnya ialah anda tak dibenarkan jatuh sakit sebab ICU semua dah PENUH."

Foto: Bernama dan Canva

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca