Tular video jemaah umrah mengamuk di KLIA, hadapan KJ. Ini yang berlaku

04
04
A
A
A

BARU-BARU ini tular sebuah video memaparkan jemaah umrah yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari tanah suci.

Menerusi video tersebut, dilihat para jemaah 'naik angin' dan mengamuk.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Lagi mencuri perhatian ramai apabila ternampak juga kelibat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Khairy Jamaludin (KJ) dalam video berkenaan.

Difahamkan, KJ mengunjungi KLIA bagi melihat proses pemakaian gelang penjejak kepada jemaah umrah dan menyaksikan perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP) bagi pemakaian alat penjejak itu.

Menurut Zulkifli Mohamed yang memuat naik video itu di aplikasi TikTok miliknya, proses pemakaian alat tersebut oleh KKM ke atas mereka yang mengunjungi negara luar dan menjalankan kuarantin di rumah itu mengambil masa terlalu lama menyebabkan jemaah umrah yang baru tiba di tanah air menjadi ‘naik angin’.

Kelihatan juga sekumpulan jemaah umrah terpaksa berhimpit di dalam ruang kecil dan tanpa penjarakan sosial bagi tujuan tersebut.

Indonesia tergolong senarai 20 negara dilarang Arab Saudi, ibadah umrah terpaksa ditangguhkan lagi

Mereka dikatakan terpaksa menunggu selama lima jam bagi menyelesaikan proses pemakaian gelang tangan tersebut.

Namun apa yang membuatkan jemaah bertambah geram adalah sebaik sahaja pemakaian gelang itu selesai, KJ dikatakan membuat pengumuman pembatalan pemakaian alat tersebut.

"Siap sahaja pakai, KJ umum pemakaian jam penjejak ni dibatalkan serta merta dan ditukarkan kembali kepada gelang merah jambu dahulu," tulis Zulkifli.

Baca juga Abang Viva terima sijil ‘Adiwira Prihatin Musibah’ dari APM buat warga maya sebak

Sementara itu, rata-rata warga maya mempertikai proses pemakaian gelang penjejak sehingga membazir waktu jemaah dan menganggap pemakaian alat tersebut adalah pembaziran.

Ada antara mereka memohon untuk pihak KKM melakukan semakan semula.

Ujar mereka;

"Pakai alat penjejak ni bagus disebabkan ada perangai segelintir individu yang tidak bertanggungjawab. Cuma perlu diperbaiki dari segi percepat proses pemakaian dan urusan yang balik dari luar negara."

"Buat benda tak ada perancangan dan kajian, macam ni lah jadinya. Buang duit sahaja."

"Boleh buat tapi sediakan tempat yang sesuailah."

"Boleh pula dah ambil masa lama tunggu nak pakai, akhirnya batal macam tu."

"Cuba faham situasi kami ni... baikilah kaedahnya tak sesuai buat kami macam ni."

@uzm_87#ad YB KJ mai melawat dan jemaah mengamuk kerana SOP terlalu teruk di KLIA. #fypシ#viral#umrah#YBKJ#SOP♬ original sound - Zulkifli Mohamed

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca