5 restoran pelik di dunia...tak sangka betul! 

IMG-20200402-WA0009
IMG-20200402-WA0009
A
A
A

PASTI ramai yang rindu untuk makan di  restoran kan.  Sabarlah ya, tunggu sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini tamat dahulu.  Doalah banyak-banyak agar wabak Covid-19 ini segera dapat dibasmi.

Namun, tidak salah jika kita berangan untuk menikmati hidangan di restoran unik dan pelik.  Jom kita ketahui lima restoran antara yang pelik di dunia. Ada rezeki boleh pergi.

1. InGalera

InGalera bermaksud “Dalam Penjara".   Ini kerana restoran ini terletak di dalam penjara Fortezza Medicea, Itali yang dibuka untuk orang ramai.

Restoran ini dilengkapi tembok setinggi 60 kaki, menara pengawasan dan kamera litar yang telah beroperasi selama 500 tahun. Selain itu, tempat ini dilengkapi dengan penjaga penjara yang lengkap senjata.

2. Dans le Noir

Restoran yang terletak di United Kingdom ini tidak sesuai untuk orang yang takut gelap, sebab semuanya gelap gelita. Kesemua pelayannya terdiri daripada mereka yang buta.

Tujuan restoran ini adalah untuk memberikan pengalaman kepada anda hidup seperti orang buta. Kalau anda nak tahu, tandasnya juga gelap sepenuhnya.

3. New lucky

Pernahkah terlintas di fikiran anda untuk makan bersebelahan dengan kubur. Restoran New Lucky ini terletak di India.

Menurut pemilik restoran ini, ia dikatakan akan membawa tuah kepada pelanggan yang berani makan di situ.

4. Robot Restaurant

Di sebuah bilik bawah tanah yang terletak di bandar Shinjuku, Jepun, terdapat sebuah restoran yang akan membuatkan anda berada seperti di masa hadapan dan pada masa yang sama boleh membuatkan anda pening.

Bila lihat gambar pun sudah buat kita semua pening. Restoran ini dipenuhi dengan robot dan satu persembahan robot akan diadakan di hadapan anda. Tak dilupakan semasa persembahan robot ini diadakan, pelbagai lampu neon berwarna-warni akan menghiasi restoran ini.

5. Ninja

Sebuah restoran Jepun yang terletak di Tribeca, New York menggunakan ninja sebagai pelayan kedai tersebut. Mereka melakukan pelbagai aksi ninja untuk memukau pelanggan seperti aksi api kung fu, menghantar makanan menggunakan pedang dan banyak lagi.

Anda pasti akan teruja dengan adegan pertarungan ninja berterbangan di siling restoran dan mungkin bersembunyi di belakang tandas anda.

Pastinya berkunjung ke restoran unik dan pelik seperti ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Jika diberi peluang, restoran mana anda ingin merasai suasananya?

PENULIS: NURUL ADRIANA

FOTO: MOTT, JAPANTRAVEL, DARKAZS, VELTRA

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca