Buat resipi atau kek menggunakan coklat Cadbury yang lazat. Pada masa sama, bantu golongan yang memerlukan

A
A
A

SEBENARNYA, ada banyak cara untuk kita berbakti kepada masyarakat.

Contoh terbaik adalah apa yang dilakukan oleh Cadbury Dairy Milk, jenama konfeksi terkemuka di bawah Mondelez International.

Apa yang dilakukan mereka ada dengan menyemarakkan amalan menderma dan saling bantu membantu dengan membuat kuih raya menerusi kempen Kuih Raya Dari Hati.

Untuk merealisasikannya, Cadbury Dairy Milk bekerjasama dengan Food Aid Foundation, sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang memfokuskan kepada pengagihan makanan dan barangan keperluan kepada golongan yang memerlukan.

Antara resipi enak dan unik yang boleh disediakan adalah seperti Kek Batik Coklat Cadbury, Biskut Keju Cadbury, Almond London Cadbury dan Tart Coklat Cadbury sememangnya lazat.

 

 

Pengarah Urusan Mondelēz International, Malaysia dan Singapura, James Kane berkata, memandangkan pandemik ini telah menjejaskan kehidupan banyak isi rumah berpendapatan rendah dan menyukarkan usaha mereka dalam mencari pendapatan, ramai rakyat Malaysia telah tampil menyahut cabaran dan menghulurkan bantuan.

Rakyat Malaysia sentiasa ikhlas membantu, terutamanya pada bulan yang mulia seperti Ramadan dan Aidilfitri.

Justeru itu, kami merasakan bahawa inilah masa yang paling sesuai untuk memperkenalkan inisiatif #KuihRayaDariHati sebagai usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia.

Kami berharap inisiatif ini dapat mendorong warga Malaysia untuk membantu masyarakat yang memerlukan menerusi penyediaan kuih raya menggunakan Cadbury Dairy Milk," katanya yang mendorong rakyat Malaysia untuk menyediakan kuih raya dan bersama-sama menyertai program kemasyarakatan ini.

Untuk menyertai kempen tersebut, berikut adalah langkah-langkahnya:

-Buat kuih raya mengikut kreativiti anda sendiri atau cuba resipi kuih raya unik yang dicadangkan oleh Cadbury Dairy Milk.

-Lawati resipiraya.cadburyoreo.com.my untuk pelbagai resipi kuih raya ringkas yang boleh dicuba.

-Kongsikan hasil air tangan anda dalam media sosial dengan meletakkan tag @Cadbury_MY dan tanda pagar #KuihRayaDariHati.

-Setiap kuih raya yang dibuat dan dimuat naik di Instagram, Cadbury Dairy Milk akan menyumbang kepada komuniti yang memerlukan.

-Food Aid Foundation akan menghantar pek sumbangan raya yang mengandungi barangan keperluan, duit raya dan Kuih Raya Cadbury Dairy Milk kepada keluarga yang memerlukan.

-Dengan setiap pembelian satu pek kongsi bersama Cadbury Dairy Milk 150g dan satu paket OREO 133g (pelbagai variasi) di mana-mana cawangan 99 Speedmart, Mondelēz International akan menyumbangkan sebanyak 50 sen kepada Food Aid Foundation

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Cadbury Dairy Milk Malaysia, sila kunjungi laman Facebook https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.

Berikut SinarPlus kongsikan salah satu resipi yang masih viral dan sangat digemari oleh ramai iaitu Tart Coklat Cadbury:

 

Bahan-bahan Tart Coklat Cadbury:

250 gram (g) Mentega

2 sudu Gula Aising

1 biji telur kuning

1/2 sudu kecil esen vanila

400g tepung gandum (lebih kurang 3 cawan)

2 sudu besar tepung kastard

2 sudu besar tepung jagung

Coklat Cadbury

Kuning telur (untuk hiasan) *tambah sedikit pewarna oren

Cara-cara:

1. Pukul mentega, gula aising, kuning telur dan esen vanila sehingga sebati.

2. Ayakkan kesemua tepung dan campurkan ke dalam adunan tadi.

3. Uli sehingga menjadi doh. (boleh tambah atau kurangkan tepung sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan senang dibentuk)

4. Tekap doh keatas loyang dengan menggunakan acuan tart.

5. Letakkan coklat Cadbury sebagai inti dan gulungkan.

6. Sapukan kuning telur ke atas tart sebagai hiasan.

7. Bakar selama 15 minit pada suhu 170°c atau sehingga biskut sedikit kekuningan.

Sumber: https://buatoranglapo.com/2018/06/10/tart-cadbury/

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca