Covid-19: Negara menghampiri fasa endemik. Ini 4 perkara penting perlu beri perhatian
PASTINYA, peralihan ke fasa endemik tidak bermaksud negara sudah mengaku kalah dengan wabak Covid-19.
Ekoran muncul varian-varian yang bermutasi, negara kita perlu menerima hakikat mungkin pengakhirannya adalah peringkat endemik.
Jadi, apakah makna endemik?
Kongsi Penceramah Kesihatan dan Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad di Facebooknya, endemik adalah kita akan hidup dengan virus.
Berikut perinciannya:
1. Jangkitan tetap berlaku.
Sebenarnya, dalam fasa itu, jangkitan wabak Covid-19 masih akan terjadi namun ia berlaku pada kadar yang rendah.
Memberi gambaran mudah, beliau mengimbau kembali pada jangkitan denggi, walau tiada suntikan tapi jangkitan dan kematian tetap direkodkan dan angkanya rendah.
"Jadi tidak perlu risau sangat. Ingat, kematian tetap ada cuma ia dalam kuantiti rendah," ujarnya.
2. Tubuh mempunyai antibodi yang dapat daripada jangkitan.
Mungkin kita pernah dijangkiti tanpa simptom.
"Rasa demam sikit dan selepas itu sembuh atau kita memang disahkan ada jangkitan.
"Cuma terdapat varian yang menyebabkan antibodi tidak dapat mengenal dengan lebih baik tetapi tidak bermakna kita mudah dijangkiti.
"Sistem pertahanan kita bergerak sebagai sebuah sistem. Insya-ALLAH kita boleh bertahan kecuali kita mempunyai pelbagai penyakit kronik," katanya.
3. Peningkatan kes mungkin berlaku apabila tidak patuh prosedur operasi standard (SOP).
"Pakai mask dan cuci tangan adalah penting.
"Ingat, jaga kebersihan dan sebagainya. Jadi, duduk rapat untuk jangka masa yang tertentu tidak akan menjadi masalah," pesannya.
4. Tingkatkan sistem daya tahan dengan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.
"Secara fitrah, apabila virus masuk dalam tubuh yang menentukan kita mampu bertahan atau tidak adalah sistem daya tahan kita.
"Antibodi adalah sebahagian kecil dari sistem pertahanan tubuh dan ia boleh turun dan naik.
"Jadi pastikan kira makan makanan yang betul, cukup tidur, kawal stres dan lakukan aktiviti fizikal," katanya.
Oleh itu, buat semua pembaca SinarPlus, patuhilah SOP semaksimum mungkin terutamanya ketika berada di lokasi tumpuan.
Baca juga: Ketahui maksud endemik, epidemik dan pandemik
Insya-ALLAH, kita mampu harunginya bersama.
#kitalaluibersama
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang