Kepingan nak makan durian? Jom beli durian di Shopee. Tak perlu risau, ada jaminan Jaminan Shopee lagi.
KEPADA yang kepingin mahu menikmati durian, ini berita baik untuk anda.
Platform e-dagang terkemuka negara, Shopee dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjual durian secara dalam talian menerusi kempen Durian e-Fiesta yang berlangsung bermula 10 hingga 31 Julai depan.
Ini merupakan tahun kedua FAMA menjalin kolaboratif bersama Shopee.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata, pihaknya menawarkan baucar diskaun menarik hingga 50 peratus, diskaun RM15 dengan pembelanjaan minimum RM60 dan diskaun RM30 dengan pembelanjaan minimum RM100 yang boleh dituntut menerusi laman mikro eFAMAPLACE.
[caption id="attachment_52136" align="aligncenter" width="1024"] Jom beli durian melalui kempen e-Fiesta kerjasama antara Shopee dan FAMA. Klik di sini untuk membeli.[/caption]
“Kami sedang membantu para petani durian untuk mengelak daripada lambakan durian sepanjang kemuncak musim durian ini.
Oleh itu, kerjasama dengan Shopee dalam menawarkan baucar yang boleh dituntut dan digunakan akan memanfaatkan para penjual dan juga pengguna. Kami juga telah memastikan pelbagai jenis durian popular boleh didapati seperti Musang King, Udang Merah, XO, D101, durian kampung dan lain-lain,” katanya.
Abdul Rashid menambah, Shopee merupakan pihak yang paling sesuai untuk merealisasikan impian FAMA dalam membantu usahawan agro makanan dalam pemasaran secara online.
“Berdasarkan rekod kempen-kempen yang diusahakan bersama sebelum ini, kolaboratif di antara FAMA dan Shopee mencatatkan peningkatan Pulangan Pelaburan sehingga lapan kali ganda yang secara langsung memanfaatkan para petani dan penjual durian.
“Suasana ekonomi semasa menjadikan perniagaan atas talian sebagai strategi business survival yang perlu diambil oleh usahawan bimbingan FAMA. Oleh itu, FAMA sentiasa berusaha untuk mentransformasikan kaedah pemasaran para usahawan kami, supaya seiring dengan keperluan dan situasi semasa,” kata Abdul Rashid.
[caption id="attachment_52137" align="aligncenter" width="1024"] Jom beli durian melalui kempen e-Fiesta kerjasama antara Shopee dan FAMA. Klik di sini untuk membeli.[/caption]
Dalam pada itu, Pengurus Kanan (Pemasaran), Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, pihaknya dan FAMA telah mendigitalkan 211 penjual.
“Kami memahami bahawa sejak kebelakangan ini terdapat banyak kes penipuan berkaitan durian di media sosial. Kami berada di sini untuk memberi jaminan kepada para pengguna agar mereka tidak berasa bimbang kerana semua transaksi di Shopee dilindungi oleh polisi Jaminan Shopee kami.
Oleh yang demikian, kami berharap kempen dan kerjasama bersama FAMA ini dapat membantu mengatasi segala kerisauan anda dan membolehkan orang ramai menikmati durian kegemaran anda tanpa sebarang kebimbangan,” katanya.
Jaminan Shopee (Shopee Guarantee) adalah satu polisi yang akan melindungi semua transaksi yang dilakukan pengguna.
Dengan polisi tersebut, proses pemulangan pembayaran kepada pengguna Shopee dapat dilakukan sepantas 15 minit setelah diluluskan jika bayaran dibuat menggunakan ShopeePay.
[caption id="attachment_52138" align="aligncenter" width="1024"] Jom beli durian melalui kempen e-Fiesta kerjasama antara Shopee dan FAMA. Klik di sini untuk membeli.[/caption]
Pendekatan tersebut membolehkan para pengguna membeli-belah di Shopee tanpa rasa bimbang.
Ya, kepada semua peminat durian, penjual-penjual eFAMAPLACE di Shopee akan mengadakan Jualan Kilat Shocking Sale setiap hari dari 4 hingga 31 Julai yang akan menyaksikan durian Musang King, D24 dan durian kampung dijual pada harga serendah 77 sen pada jam 12 tengah malam setiap hari dalam kuantiti terhad.
Temui laman mikro eFAMAPLACE melalui portal dalam aplikasi Shop Malaysia di Shopee atau layari https://shopee.com.my/m/efama.
Foto: Shopee dan Unsplash
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang