Mahu kumpul wang tunai dan hadiah percuma pada saat kritikal ini, jom sertai peraduan mudah ini.
PANDEMIK Covid-19 telah memberikan impak besar dalam hampir setiap aspek kehidupan kita.
Pada saat rakyat Malaysia bersama-sama manjalani gaya kehidupan yang belum pernah dihadapi sebelum ini, Domino’s Pizza’s Malaysia dengan kerjasama Etika Sdn Bhd (Etika) bakal menyebarkan kegembiraan dan menyemarakkan semangat rakyat Malaysia dengan pelancaran Peraduan Senang Menang.
Melalui peraduan tersebut, para pelanggan berpeluang memenangi ganjaran wang tunai dan hadiah bernilai sehingga RM250,000. Banyak tu…
Nak join peraduan tersebut taklah susah sangat. Begini, semakin banyak hidangan yang anda nikmati di Domino’s, semakin tinggi peluang anda untuk menang.
Seramai 11,880 orang pemenang akan dipilih secara keseluruhannya dengan 1,320 pemenang setiap minggu!
RM500 ganjaran wang tunai akan dihadiahkan kepada 20 peserta teratas yang berjaya mengumpulkan mata ganjaran tertinggi.
Menariknya lagi, Domino’s dan Etika turut memberikan 300 pizza lazat saiz sederhana dan 1,000 botol minuman (1.5L) Pepsi yang menyegarkan setiap minggu kepada para peserta dengan jumlah mata ganjaran terkumpul seterusnya.
Manakala pada penghujung peraduan, peserta yang berjaya mengumpulkan mata ganjaran dengan jumlah tertinggi bakal membawa pulang ganjaran wang tunai sebanyak RM10,000!
Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Domino’s Pizza Malaysia, Singapura & Kemboja, Linda Hassan berkata, peraduan Senang Menang menawarkan peluang yang istimewa untuk pelanggan, terutamanya mereka yang ingin mendapatkan lebih wang tunai dan hadiah percuma semasa tempoh yang sukar ini.
“Kami memberi jaminan bahawa peraduan ini sememangnya amat mudah untuk dimenangi. Memenangi ganjaran adalah semudah menikmati piza dan minuman bersama keluarga dan rakan serta mengumpulkan mata ganjaran dengan setiap pembelian.
Melalui peraduan mudah ini, kami berharap dapat menghidupkan semula semangat positif kepada golongan yang memerlukan,” tambah Linda.
Sementara itu, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Yee Pek Kuan berkata, pihaknya akan terus menghulurkan bantuan dan penghargaan kepada pelanggan kami melalui peraduan dan kempen-kempen yang menggembirakan.
“Kami menghargai hubungan baik yang telah lama terjalin bersama Domino’s yang akan mendorong kami mencipta kenangan yang indah buat rakyat Malaysia,” katanya.
Peraduan berkenaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang membeli apa jua piza dan minuman dengan perbelanjaan minimum serendah RM10.
Ingin mengumpulkan lebih banyak mata ganjaran untuk menambah peluang kemenangan anda, ini ada beberapa tip.
Sila pesan piza Spicy Fling ATAU pizza dengan lebih keju dan minuman untuk dua kali ganda mata ganjaran, manakala bagi tiga kali ganda mata ganjaran pula, pesanlah piza Spicy Fling DAN piza dengan lebih keju DAN minuman.
Peraduan Senang Menang akan bermula dari 5 Julai hingga 5 September depan.
Untuk mengetahui lebih lanjut atau menyemak jumlah mata ganjaran, anda boleh hantarkan permintaan anda ke senangmenang@dominos.com.my
Penyertaan hanya sah bagi pesanan yang dibuat melalui laman web, aplikasi, dan kedai Domino’s Pizza Malaysia semasa tempoh peraduan.
Untuk menyertai peraduan berkenaan, layari laman web http://senangmenang.dominos.com.my/ dan ikuti langkah-langkah yang telah disediakan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang