MyUbat, aplikasi mudah untuk tempah stok, status ubat dan tarikh temu janji doktor hanya dari rumah
SELAIN MySejahtera, terdapat beberapa aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh kerajaan bagi memantau kesihatan orang ramai termasuk jadual rawatan dan ubat-ubatan.
Hanya melalui telefon pintar, aplikasi MyUbat yang diperkenalkan sejak Ogos 2020 itu nampaknya membuatkan urusan pesakit di fasiliti awam menjadi lebih mudah.
Setakat artikel ini ditulis, seramai lebih 50,000 pengguna sudah memuat turun aplikasi percuma tersebut di Play Store.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Bukan sahaja orang ramai khususnya warga emas boleh menambah stok bekalan ubat secara dalam talian, mereka juga tidak perlu bersusah payah untuk ke klinik berhampiran kerana penghantaran ubat dibuat terus ke pintu rumah.
Antara perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh aplikasi berkenaan adalah seperti semakan status penghantaran ubat, khidmat sokongan melalui e-mel, tarikh janji temu doktor dan rekod data perubatan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang