Semuanya ada di Tebrau Food Truck Park, rambang mata dibuatnya

A
A
A

DI AMERIKA SYARIKAT terutamanya, konsep trak makanan atau food truck sudah lama diperkenalkan dan sangat popular dalam kalangan rakyat berpendapatan sederhana.

Pun demikian, di Malaysia, ledakannya cuma terasa pada pertengahan tahun 2000.

Menariknya tentang trak makanan, pelbagai jenis makanan ala hipster ditawarkan, selain masakan Barat, aiskrim putar, sajian kampung dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, setiap pemilik trak juga seperti berlumba-lumba mendekorasi kenderaan mereka sebaik mungkin seperti meletak meja kayu dan bunga-bungaan dengan harapan dapat menarik perhatian pelanggan.

FOOD TRAK

Meskipun wabak Covid-19 telah memperlahankan bisnes para pengusaha, tetapi kini sudah ramai yang kembali meneruskan operasi seperti biasa.

Di Tebrau Food Truck Park yang terletak di Johor Bahru, Johor misalnya, tapak jualan yang dibuka semula telah memberi keceriaan kepada penduduk setempat.

Pengerusi Persatuan Usahawan Trak Makanan Desa Tebrau, Mohd Redzuan Shah Ahmad berkata, secara keseluruhan, terdapat lebih 50 sajian dengan harga berpatutan menanti para pelanggan.

Antara yang paling popular adalah seperti pisang goreng pelbagai perisa, nasi goreng, ikan bakar daun pisang, lontong goreng, piza, sate dan banyak lagi.

FOOD TRAK

Untuk minuman pula, lebih 30 jenis minuman panas dan sejuk dijual.

“Boleh rambang mata dibuatnya. Ada minuman yang dijual pada harga serendah RM1 sahaja,“ katanya.

Mohd Redzuan menambah, rahsia bisnes trak makanan di sana  mampu bertahan walau pada era pandemik adalah disebabkan sajian istimewa yang diketengahkan.

"Terdapat 28 usahawan yang berdaftar dan setiap trak memiliki menu signatur mereka tersendiri.

FOOD TRAK

"Sebagai tambah nilai, lokasi di sini juga cukup luas. Justeru, orang ramai tidak perlu bersesak-sesak dan pada masa sama, tidak mengganggu lalu lintas.

"Tapak jualan juga berhampiran dengan pusat beli-belah dan faktor itu telah mendorong orang ramai bertali arus berkunjung ke sini," katanya.

Ujar Mohd Redzuan lagi, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan, ramai rakyat Singapura membanjiri tapak jualan.

Baca juga Tak kedekut ramuan, bubuh ikan kembung, ramuan segar buatkan Laksa Lemak Thai Cik Hawa laku keras

"Suasana turut dimeriahkan dengan persembahan busker sehingga lewat malam.

"Mungkin selepas ini suasana itu akan kembali semula jika negara pulih daripada wabak sepenuhnya," katanya yang turut mengusahakan minuman jenama Ngencess di Tebrau Food Truck Park.

FOOD TRAK

Tebrau Food Truck Park

  • Alamat: Jalan Harmonium 24/1, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru, Johor
  • Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 10 malam
  • Menu signatur: Pisang goreng hipster, variasi nasi goreng, ikan bakar daun pisang, lontong goreng, piza, sate dan banyak lagi
  • Harga: Bermula RM1
  • Facebook: Food Truck Tebrau

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pilihan stesen makanan bergerak semakin popular dalam kalangan masyarakat hari ini.

Bukan sahaja di Lembah Klang, malah di negeri-negeri lain seperti Johor, Melaka dan Kedah turut boleh didapati.

Namun, sesetengah orang berpendapat, harga makanan yang dijual adalah lebih mahal, namun ada yang berkata sebaliknya.

Apa-apapun, SinarPlus kongsikan empat lagi usahawan trak makanan yang mempunyai keunikan menu tersendiri. Apa yang penting, patuhi prosedur operasi standard dan jangan berasak-asak.

FOOD TRAK

Syam Food Truck

  • Alamat: Dataran Food Truck Drawbridge Kuala Terengganu, Terengganu
  • Waktu operasi: 3 petang hingga 10 malam
  • Menu signatur: Kopi Hainan, nasi dan maggi goreng kambing
  • Harga: Bermula RM2 hingga RM6
  • Facebook: Syam Food Truck
  • Instagram: @syamfoodtruck

FOOD TRAK

Braderpit Food Truck

  • Alamat: Jalan SS6/3, Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu operasi: 12.30 tengah hari hingga 9 malam (Sabtu tutup)
  • Menu signatur: Nasi kebab, kebab kambing dan roti john
  • Harga: Bermula RM5 hingga RM19
  • Facebook: Braderpit Food Truck
  • Instagram: @braderpit_foodtruck

FOOD TRAK

Bakso Cenangs

  • Alamat: Berhadapan dengan SMK Kedawang, Pulau Langkawi, Kedah
  • Waktu operasi: Bermula jam 3 petang hingga 8 malam
  • Menu signatur: Bakso
  • Harga: Bermula RM6
  • Facebook: Bakso Cenangs
  • Instagram: @baksocenangs

FOOD TRAK

Grill‘ Age Truck

  • Alamat: Tapak Penjaja Kota Warisan, Sepang
  • Waktu operasi: 12.30 tengah hari hingga 10 malam
  • Menu signatur: Sotong bakar, daging rempah hangus dan ikan bakar
  • Harga: Bermula RM12
  • Facebook: Grill‘ Age Truck
  • Instagram: @grillagetruck1095

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca