Tarikan juadah autentik Rasa Selangor, Dorsett Grand Subang dan Tourism Selangor tampil kelainan untuk sajian berbuka puasa

A
A
A

RASA Selangor yang diperkenalkan oleh Dorsett Grand Subang bersama Tourism Selangor sebagai tema bufet Ramadan pada kali ini memang menarik.

Masakan tidak, menu seperti Pecal Jawa, Asam Pedas Ikan Merah, Sayur Masak Lemak, nasi ambang dan soto termasuk bubur lambuk.

Cef Sous Eksekutif Dorsett Grand Subang, Cef Shahbani Md Akhir berkata, resipi asli Selangor memang lain daripada lain kerana kaedah dan bahan masakan berbeza walaupun nama menu lebih kurang sama.

Rasa Selangor Dorsett Grand Subang

"Sebagai contoh, Asam Pedas Ikan Merah orang Selangor dimasak dengan belimbing buluh dan daun salam yang membuatkan rasanya lebih sedap.

"Bagi nasi ambang yang menjadi signatur makanan orang Jawa, kami bawakan sekali ikan tenggiri goreng, ayam goreng berempah, mi goreng, sambal kelapa, sambal tahu dan acar. Jangan lupa mencuba Pecal Jawa kami juga,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Baca juga Konsep mangkuk tingkat jadi tarikan unik Bufet Ramadan Aneka Selera Desa Restoran Riverside WTCKL, pengunjung boleh bawa pulang juadah bersahur

Cef Shahbani juga menggalakkan orang ramai untuk menikmati kuih tradisional seperti kuih Baulu Kemboja.

Rasa Selangor Dorsett Grand SubangRasa Selangor Dorsett Grand Subang

Selain itu, penulis juga tertarik dengan keenakan Ikan Goreng Berlada, Gulai Kawah Daging, Udang Masak Lemak Cili Api, Sup Tulang Kambing Berempah dan Ayam Masak Kalio, selain Sup Gearbox bersaiz jumbo.

Baca juga Kambing panggang dengan sensasi rempah terpilih, kulinari enak Warisan Bonda Mardhiyyah Hotel & Suites jadi tumpuan bulan Ramadan

Baca juga Mengiurkan! Berbuka puasa dengan daging premium Australia signature Chak’z

Kepada yang tidak mahu tersekat dalam kesesakan lalu lintas untuk ke hotel tersebut, servis yang dikenali sebagai Kumpool untuk pengangkutan sehala diperkenalkan dengan bayaran RM1 sahaja.

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Rasa Selangor Dorsett Grand Subang

Rasa Selangor Dorsett Grand Subang

  • Alamat: Jalan SS 12/1, SS 12, Subang Jaya, Selangor
  • Waktu: 6.30 petang hingga 9.30 malam
  • Tarikh: 4 April hingga 2 Mei 2022
  • Menu signatur: Asam Pedas Ikan Merah dan Sup Tulang Kambing Berempah
  • Harga: RM138 (dewasa) dan RM88 (kanak-kanak 6 hingga 12 tahun)

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca