Wajib beli. Gunting terbaharu 3M lebih lasak dan berkualiti, mudahkan kerja di dapur
Syarikat sains bertaraf global, 3M meluaskan barisan produk gunting dapurnya menerusi pelancaran Scotch Anti-Bacterial Premium Kitchen Scissors dan Scotch Detachable Titanium Kitchen Scissors.
Hadir dengan tiga warna berbeza iaitu merah, hijau dan ungu adalah bertujuan untuk memudahkan pengecaman dan pencegahan pencemaran silang, kata Pemasar Pembeli-Belah di 3M Malaysia, Stephanie Ng.
Berikut perincian mengenai kedua-dua gunting berkenaan:
Scotch Detachable Titanium Kitchen Scissors:Mempunyai pemegang berwarna merah untuk bahan mentah dan ungu untuk digunakan pada makanan yang telah dimasak. Bilah bersalut titanium akan menambah kekuatan gunting tersebut kerana titanium adalah empat kali ganda lebih kuat berbanding keluli tahan karat. Ia sekali gus membolehkan pengguna memotong tulang ikan termasuk sendi dan kepak ayam dengan mudah sambil mengekalkan ketajaman.
Bilah kalis lekat dan minyak juga dapat diceraikan bagi memudahkan proses pembersihan. Bukan sahaja mencegah pembiakan bakteria pada celahan bilah gunting tersebut, malah turut mengurangkan peluang berlakunya pencemaran makanan. Tambahan lagi, material bilah tersebut mengelakkan gunting ini daripada berkarat.
Scotch Anti-Bacterial Premium Kitchen Scissors: Didatangkan dengan pemegang warna hijau yang telah melalui proses penggilap elektro 3M bagi meningkatkan keupayaan material keluli tahan karat untuk melawan kakisan.
Gunting ini dapat dibersihkan dengan mudah, lantas mengurangkan risiko pembiakan bakteria. Bukan itu sahaja, pemegangnya boleh digenggam dengan lebih selesa, sesuai bagi mereka yang meluangkan masa yang panjang di dapur.
Mengulas lanjut, Stephanie berkata, di 3M, kami percaya bahawa suatu tugas yang penting nilainya harus dipadankan dengan alat yang tepat. Atas sebab ini, kami telah memperkenalkan Scotch Anti-Bacterial Premium Kitchen Scissors dan Scotch Detachable Titanium Kitchen Scissors.
“Tidak dapat dinafikan bahawa makanan merupakan sebahagian daripada identiti Malaysia. Berbekalkan matlamat 3M untuk memperbaiki kehidupan seharian orang ramai, kami ingin menjadikan proses penyediaan makanan lebih mudah dan segera.
"Pada masa yang sama, turut memelihara keselamatan pengguna. Dengan tiga produk gunting baharu ini, kami berhasrat untuk menggalakkan orang ramai menggunakan gunting dapur secara khusus bagi tujuan tertentu bagi mencegah pencemaran silang yang boleh berlaku ketika menyediakan makanan,” kata beliau.
Tersedia di pasar raya, kedai-kedai khusus termasuk di platform online 3M di Lazada dan Kedai Rasmi 3M Malaysia di Shopee, Scotch Anti-Bacterial Premium Kitchen Scissors dan Scotch Detachable Titanium Kitchen Scissors masing-masing ditawarkan pada harga RM48 dan RM61.20.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang