Beramal tanpa ilmu dan kefahaman, betul ke amalan kita tak akan diterima…

MENUNTUT ilmu amat penting bagi setiap orang. Masakan tidak, bagaimana mungkin untuk kita memacu kehidupan sendiri dengan sebaiknya tanpa ilmu di dada.

Malah, kehidupan manusia juga berada dalam kegelapan andai tiada ilmu. Barangkali, kita tidak akan ke mana-mana. Kehidupan sendiri langsung tidak akan maju.

Lebih buruk lagi, ketiadaan ilmu membuatkan kita ‘buta’ sehinggakan tidak berupaya untuk membezakan antara kebenaran dan kebatilan.

Iklan
Iklan

Namun begitu, pada zaman milenial ini, rata-rata masyarakat kita memang berilmu. Malah, sudah banyak kemudahan yang ada untuk menuntut ilmu berkenaan.

Pun demikian, masih ada segelintir orang yang mengamalkan suatu perkara tanpa ilmu dan tanpa difahami dengan betul. Lebih-lebih lagi amalan ibadah yang bersifat ritual.

Benarkah amal ibadah yang dibuat tanpa kita faham dan berilmu dalam amalan itu, ia tidak akan diterima oleh ALLAH SWT?

Pendakwah Ustaz Syed Bakri Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Syed ada jawapannya.

Jelasnya, beliau kurang bersetuju dengan pandangan segelintir orang yang mengatakan apabila orang yang beramal tanpa ilmu, ALLAH SWT akan menolak amalan berkenaan secara total.

Beliau turut mengemukakan kalamullah sebagai dalil yang menyokong hujahnya.

Firman ALLAH SWT: “Dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya dan sesungguhnya kami tetap menulisnya.” (Surah al-Anbiya’, ayat 94)

Namun begitu, jelas beliau lagi, terdapat ulama menyatakan: “Ilmu tanpa amal gila, amal tanpa ilmu tidak akan menjadi.”

“Apa-apapun kita perlu ingat bahawa setiap amal (yang dilakukan), ada balasannya sama ada sedikit atau banyak.

“Cuma, belajarlah untuk lebih memahami apa yang kita amalkan itu adalah yang terbaik,” nasihat beliau.

BELAJARLAH untuk kita memahami apa yang kita amalkan itu adalah yang terbaik.

Tidak salah kita melakukan amal, namun biarlah dengan cara yang betul. Sebaiknya, kita perlu mengetahui selok-belok tentang amal yang kita lakukan.

Barangkali cara kita lakukan itu salah atau kurang sempurna. Maka, sebab itu pentingnya kita berguru dan menuntut ilmu untuk mendapatkan pengetahuan yang betul agar amal kebajikan dapat disempurnakan dengan baik.

Semoga kita menjadi orang yang istiqamah dalam beramal. Biar sedikit, janji berterusan.

Sumber: Instagram syedbakri_alyahyaofficial

Share
Nurulfatiha

Biodata Penulis

Published by
Nurulfatiha

Recent Posts

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan…

43 mins ago

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan…

1 hour ago

Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada…

3 hours ago

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

8 hours ago

Enjoy stay di dangau tersorok dekat Lenggong, Perak. Nikmati sajian rare tradisi orang kampung, memang menyelerakan!

LENGGONG yang terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh, Perak sebenarnya mempunyai destinasi hidden gems…

8 hours ago

‘Tak sangka saya pula kena attack.’ Cermin belakang kereta diketuk dengan tukul, Safiq Rahim pula mangsa serangan

KETIKA negara sedang berduka dengan kejadian menimpa dua bintang Harimau Malaya, pemain tengah Johor Darul…

9 hours ago