Dah suci daripada period, tapi lewat mandi wajib sebab ada kekangan tertentu...
UMUM mengetahui bahawa wanita yang sudah kering daripada darah haid atau period diwajibkan untuk segera mandi wajib.
Ia sangat penting kerana untuk mereka melakukan ibadah seperti menunaikan solat dan seumpamanya.
Namun begitu,adakalanya darah haid berhenti ketika kita ada urusan di luar contohnya di pejabat. Keadaan itu menyukarkan untuk mereka mandi wajib.
Apabila keadaan itu berlaku, sudah tentu wanita tadi tidak boleh solat kerana belum membersihkan dirinya.
Dalam kes seperti ini, apakah hukumnya jika melambatkan mandi wajib, sedangkan darah haid sudah habis ketika Zuhur semasa di pejabat tadi?
Menurut pendakwah dan penulis, Ustaz Mustafar Mohd Suki, dalam perihal haid, hukum asal solat bagi wanita yang datang bulan adalah dilarang sama sekali.
Ia berdasarkan hadis Saidatina Fatimah binti Abi Hubaisy dalam Riwayat al-Bukhari dan Muslim yang mana Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila kamu didatangi haid, maka tinggalkan solat, apabila tempohnya sudah berlalu hendaklah kamu mandi dan bersihkan darah lalu dirikan solat."
Agamawan itu turut mengemukakan pandangan Imam al-Nawawi dalam kitabnya, Syarah Sahih Muslim bahawa ulama telah sepakat wanita perlu meninggalkan solat ketika datang haid.
“Adapun jika berlaku seperti keadaan seperti di atas, dalam keadaan telah suci, tetapi kesukaran untuk mandi di pejabat, maka, wajib baginya untuk menggantikan (qada) solat yang ditinggalkan.“Ini sepertimana disebutkan oleh Sheikh Hasan al-Kaf dalam kitabnya, al-Taqrirat al-Sadidah pada bahagian ibadah. Di samping itu, mohon istighfar kepada ALLAH SWT atas kekurangan yang berlaku,” katanya kepada Sinar Islam.
Usah pandang remeh tentang bab-bab ibadah ini. Kepada para wanita, pekalah tentang perihal period masing-masing.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang