Korek telinga, hidung ketika berpuasa, hati-hatilah kerana jika silap langkah boleh batal puasa

ADA masa tertentu, kita berasa gatal dalam telinga. Sudahlah sedang berpuasa, mahu mengoreknya terasa serba salah pula. Bukan apa, kita khuatir perbuatan tersebut boleh membatalkan puasa berkenaan.

Jika dibiarkan, ia boleh mendatangkan ketidakselesaan pada anggota berkenaan. Rasa tak kena pula sepanjang hari dan membuatkan mood kita untuk melakukan kerja-kerja lain sedikit terganggu.

Iklan
Iklan

Begitu juga dengan anggota badan yang lain seperti hidung. Apabila datang rasa gatal, memang serba tidak kena dibuatnya.

Andai kata, kita berada dalam situasi berkenaan, bolehkah kita mengorek telinga atau hidung? Apakah ia dikira membatalkan puasa?

Pendakwah Nurul Syafiqah Mohamed Hanafiah

atau lebih dikenali sebagai Da’i Syafiqah menjelaskan, dalam kes korek telinga dan hidung, ia boleh diklasifikasikan kepada tiga keadaan.
DA’I SYAFIQAH

Pertama sekali, katanya, sewaktu kita tiada hajat atau dengan kata lain, tidak gatal dalam hidung atau telinga, tetapi kita korek saja-saja. Maka, hukumnya adalah makruh.

“Kedua, seandainya kita berhajat, contohnya ada sesuatu dalam hidung ataupun telinga atau rasa gatal. Barangkali jika kita tidak korek, ia akan mengganggu keselesaan diri. Justeru, dibolehkan dan diharuskan untuk kita mengoreknya.

“Satu lagi kategori, hukumnya boleh membatalkan puasa. Suka untuk saya ingatkan bahawa antara perkara yang boleh membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka seperti mulut, hidung, telinga dan kemaluan.

Baca juga Jangan korek telinga, bahaya! ‘Tahi’ itu ada fungsinya

“Cuma kita kena tahu had untuk rongga tersebut. Jika kita melebihi had berkenaan, ia boleh membatalkan puasa. Contoh had telinga adalah batin telinga yang bahagian dalam, manakala untuk rongga hidung, hadnya adalah pada pangkal batang hidung ataupun bahagian hidung yang ada tulang,” jelasnya.

MENGOREK hidung atau telinga ketika sedang berpuasa boleh jadi sama
ada harus, makruh atau batal bergantung kepada keadaan.

Justeru, jelas Da’i Syafiqah lagi, sekiranya kita masukkan sesuatu ain

ataupun korek melebihi had sempadan ruang rongga tersebut, ia boleh membatalkan puasa.

“Andai kata kita korek hidung ataupun telinga ketika berhajat dan tidak melebihi sempadan had tersebut, ia tidaklah membatalkan puasa,” ujar beliau.

Foto: Freepik

Share
Nurulfatiha

Biodata Penulis

Published by
Nurulfatiha

Recent Posts

‘Bertahan mummy…’ Mohon maaf kepada ibu, Fatiya Latiff dedah derita skizofrenia

PELAKON yang dikaitkan dengan kontroversi akhir-akhir ini, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menderita penyakit mental skizofrenia.…

1 hour ago

Tragis! Didakwa cinta tak berbalas, kisah benar gadis diperkosa dan maut kini difilemkan

KEMATIAN tragis seorang remaja wanita di Indonesia dianiaya 11 lelaki apabila diperkosa dan dibunuh kejam.…

1 hour ago

4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

SERANGAN ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi ini meruntun hati menyaksikan dua…

3 hours ago

Tragis! Individu bertopeng ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, 2 konstabel maut, seorang cedera. Berikut kronologinya

[DIKEMAS KINI] INSIDEN tergempar yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram ini benar-benar mengejutkan! Serangan…

7 hours ago

‘Comel je abang sebut nama Rhea.’ Reaksi anak sulung Shila Amzah bertemu adik perempuannya bikin ramai terhibur. Sweetnya!

PENYANYI Shila Amzah baru-baru ini berkongsi berita gembira selamat melahirkan cahaya mata yang diberi nama…

7 hours ago

Bajet RM1k boleh bercuti overseas. Wanita ini kongsi itinerari simple tapi best ke Medan, Indonesia

SETIAP kali plan nak bercuti ke luar negara, mesti banyak benda yang nak kena fikir…

9 hours ago