Jangan lepaskan 5.5 Pesta Deal Raya Deals, promosi menarik untuk sehari sahaja

TINGGAL beberapa minggu saja lagi kita bakal menyambut Syawal. Persiapan sudah lengkap? Bagaimana pula dengan kelengkapan ibu dan ayah di kampung?

Jangan bimbang, walaupun larangan merentas negeri masih dilaksanakan dan tidak dapat pulang ke kampung, namun kita masih boleh menggembirakan hati orang tua.

Pastinya hanya di gedung shoping online terkemuka, Shopee Malaysia, semuanya tidak mustahil! Hanya klik sahaja, apa yang diperlukan boleh dihantar terus ke rumah.

Bagi mereka yang masih mencari-cari kelengkapan raya untuk ibu dan ayah, 5.5 Pesta Deal Raya Deals menanti anda dengan tawaran potongan harga hingga 80 peratus.

Iklan
Iklan

Ya! Ini bukan main-main. Antara barangan yang dipromosikan seperti beras Basmathi, susu jenama Dutch Lady UHT Milk (Kurma), Milo Activ-Go Chocolate Malt Powder.

Pelbagai jenis coklat, biskut, kurma, roti, susu sejat, kordial dan minuman berkarbonat pun ada juga.

Tidak kurang juga baucar menarik ditawarkan sempena 5.5 Pesta Raya Vouchers yang boleh ditebus pada 5 Mei nanti.

Lagi banyak membeli, lagi banyak potongan harga hingga RM20 diberikan dengan membeli-belah menggunakan kad debit atau kredit rakan baucar seperti Maybank, HSBC, Aeon Credit, Bank Islam, Affin dan banyak lagi.

Gedung online seperti QQ Baby Shop, Wardah Official, JSH Furniture, Fjallraven Official dan lain-lain ada menawarkan potongan harga hingga 50 peratus untuk pembelian minimum RM1 tau!

Mungkin menjadi berita baik buat orang Pulau Pinang apabila Gurney Plaza ada menawarkan Gaya Raya Deals bersama Shopee.

Apa yang menarik? Outlet Sushi King menawarkan set lebih menjimatkan seperti Cheesy Special dan Agemono Combo pada harga RM15.55 sahaja.

Donbori Combo pun diberikan harga menarik (RM15.55) diikuti Sushi Deal RM25.55 sahaja berbanding harga asal, RM34.80. Berbaloi bukan?

Outlet Penang Teochew Chendul pun ada sesuatu untuk pelanggan dengan promosi set nasi lemak pandan ayam berempah bersama cendol original pada harga RM18.90 sahaja.

Okey cukup untuk stok makanan, kita beralih pula kepada kelengkapan lain seperti beg dan kasut raya pula.

Buat julung-julung kalinya, outlet Fossil di Gurney Plaza menawarkan baucar bernilai RM100 hingga RM500 untuk pembelian beg.

Promosi jenama kasut premium, Skechers pun wajar direbut kerana harga yang ditawarkan cukup menarik untuk dilepaskan begitu sahaja.

Bukan itu sahaja, sempena 5.5 Raya Shopee juga ada banyak pilihan produk untuk dimasukkan ke dalam troli online sementara stok masih ada.

Selain stok pelitup muka, ada banyak lagi item menarik seperti kurma, bantal, baju raya dan produk kecantikan menanti kaki shopping

.

Jadi, apa tunggu lagi. Cepat-cepat intai apa yang menarik untuk dihadiahkan kepada ibu dan ayah di kampung. Sekurang-kurangnya kehadiran hadiah di depan rumah memberikan kegembiraan buat mereka.

Sedih memang sedih apabila larangan masih berkuat kuasa, pun begitu sudah menjadi tanggungjawab semua untuk bersama memutuskan rantaian kes jangkitan Covid-19 yang masih lagi tinggi dan membimbangkan. #kitajagakita

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

3 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

4 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

4 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

7 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

9 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

10 hours ago