Manusia akan dikumpulkan dalam tiga kelompok di akhirat kelak

SAAT tibanya kiamat kelak, semua umat manusia akan memasuki alam akhirat untuk dihitung segala amalan mereka.

Menurut riwayat yang masyhur, ketika itu, manusia akan dikumpulkan dalam tiga kelompok yang berlainan.

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW: “Manusia ini akan dikumpulkan dalam tiga kelompok. Dalam keadaan satu kumpulan adalah mereka yang rindu kepada ALLAH SWT dan sentiasa takut kepada-NYA. Dan satu kumpulan lagi adalah kumpulan yang berangkat dengan menunggang satu unta berdua, satu unta untuk bertiga, satu unta untuk berempat dan satu untuk 10 orang, sedangkan bakinya dihimpun oleh api. Di mana api-api itu akan sentiasa bersama dengan mereka baik pada siang mahupun malam, pagi mahu pun petang.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

Menjelaskan tentang seekor unta dinaiki oleh ramai orang, Bahagian Kandungan TV Alhijrah berkata, ada ulama mengatakan bahawa ayat yang dimaksudkan itu ialah mereka berganti-ganti menaiki haiwan berkenaan.

Iklan
Iklan

“Sebahagian ulama lain pula menyatakan, ketika itu, ALLAH memberikan kekuatan kepada unta sehingga mampu membawa ramai orang.

“Ada juga yang menyatakan, keadaan itu menunjukkan bahawa betapa sedikitnya kenderaan yang akan ditunggangi pada saat itu sehingga mereka terpaksa menaiki unta bersama-sama. Itulah pandangan yang dinyatakan dalam kitab Fitan wa AsyratathusSa’ah min Sahih Muslim

,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Islam baru-baru ini.
SAKSIKAN episod akhir rancangan Al-Qariah yang akan memperincikan tentang hari kiamat pada jam 7.30 malam ini.

Semua perkara itu akan dirungkaikan dalam episod akhir rancangan Al-Qariah bertajuk Kiamat yang disiarkan pada jam 7.30 malam ini di TV Al-Hijrah.

Dua panel terkemuka, Datuk Badli Shah Alauddin dan Dr Mohd Sukki Othman diberikan tanggungjawab untuk merungkaikan topik berkenaan. Ia akan dihoskan oleh Amin.

Jangan lupa untuk menjawab soalan terakhir pada episod 16 dan kumpulkan kesemua jawapan daripada setiap episod berserta butiran lanjut kepada pihak penganjur untuk memenangi kuiz serta hadiah yang ditawarkan.

Rancangan Al-Qariah yang membincangkan tanda-tanda akhir hari kiamat telah bersiaran sejak 3 Januari lalu bakal melabuhkan tirainya pada malam ini.

Foto: Unsplash

Share
Nurulfatiha

Biodata Penulis

Recent Posts

Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. ’18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik’

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…

5 hours ago

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan…

6 hours ago

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan…

7 hours ago

Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada…

8 hours ago

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

13 hours ago

Enjoy stay di dangau tersorok dekat Lenggong, Perak. Nikmati sajian rare tradisi orang kampung, memang menyelerakan!

LENGGONG yang terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh, Perak sebenarnya mempunyai destinasi hidden gems…

13 hours ago