Hati tersentuh lihat Rahil, Iman menderita penyakit kepala besar sejak lahir. Mereka perlukan bantuan kita

Iklan
sawan

SUKAR digambarkan bagaimana perasaan seorang ibu, Aishah Mohd Saleh, 32, menjaga tiga orang anaknya yang menderita penyakit kronik.

Saat dimaklumkan anak keduanya, Nor Raihan Shah Mohd Shahrul telah pergi menghadap ILAHI selepas 42 hari dilahirkan, lidah penulis kelu tidak terkata.

Iklan
Iklan

Ujar Aishah, arwah Nor Raihan pergi meninggalkannya kerana menghidap penyakit kepala besar atau hydrocephalus.

Ketika ini, wanita itu sedang menjaga anak keempatnya, Nor Rahil Raihan, 3, yang menderita penyakit sama.

Iklan

Tidak tahu apa yang hendak diungkapkan, pada usia yang masih kecil, Nor Rahil atau disapa Rahil sudah menjalani enam pembedahan.

Iklan

"Selepas empat hari Rahil dilahirkan, doktor memasukkan ventriculoperitoneal shunt pada kepalanya, namun hanya mampu bertahan tiga bulan sahaja kerana berlaku jangkitan kuman. Shunt itu terpaksa dikeluarkan dan diganti dengan tiub untuk mengeluarkan lebihan air secara manual. Pun begitu, saluran tiub tersumbat.

"Sekali lagi, pembedahan terpaksa dilakukan dan kali ini pakar memasang ommaya shunt untuk menyedut keluar lebihan air dalam kepala Rahil. Namun, disebabkan saiznya (kepala) ketika itu sudah mencecah 62 sentimeter (sm) dengan kulit yang nipis, kepalanya ‘bocor‘ ketika prosedur tersebut," kata wanita yang menetap di Taman Ilham, Kluang, Johor itu.

Baca juga Adik Syamimi perlu jalani pembedahan implan dagu untuk terus survival. Sayu lihat penderitaan si kecil ini

Selepas ‘merempuh‘ beberapa fasa mencemaskan, operasi pemasangan shunt kali kedua berjalan lancar dan saiz kepala kanak-kanak itu kembali mengecil menjadi 52sm.

Pun begitu, kegembiraan tersebut tidak bertahan lama apabila Rahil nazak selepas mengalami komplikasi buah pinggang dan pendarahan dalam perut pula pada Disember 2020.

"Saya terduduk mendengarnya. Saya semakin cuak apabila proses dialisis terpaksa dihentikan disebabkan Rahil mengalami pendarahan (dalam perut). Segalanya serba tak kena pada waktu itu. Proses memasukkan ubat juga gagal dilakukan gara-gara tidak jumpa urat pada tangannya.

"Doktor minta kami reda dengan sebarang kemungkinan, sebelum kami dibenarkan membawa Rahil pulang ke rumah," katanya yang sangat berdebar dengan situasi berkenaan.

Hanya berbekalkan ubat gastrik untuk perut, sawan, antibiotik dan vitamin, Aisyah berkata, beliau yakin dengan keajaiban ALLAH. Doa tidak putus dipanjatkannya.

Baca juga Pilu! Adik Qhayla jalani 7 pembedahan sejak dilahirkan. Sama-sama kita hulurkan bantuan kepadanya

Baca juga Disangka sudah bebas kanser rahim, sekali lagi wanita ini diuji kanser usus tahap 4. Kisah Hani buat ramai sebak

"Alhamdullillah, kuasa ALLAH sangat luar biasa. Sungguh saya tak menduga keadaan Rahil bertambah baik dari hari ke hari. Rahil sudah boleh kencing sendiri menggunakan tiub khas dan sudah pandai mengesot.

"Bila teringat kembali saat menakutkan itu, saya sudah membayangkan wajah arwah Nor Raihan. Tidak sanggup rasanya kehilangan anak sekali lagi," katanya dengan nada sayu.

Dugaan berganda

Rupa-rupanya bukan sahaja Rahil, tetapi anak sulungnya, Nor Iman Shah juga bergelut dengan penyakit kepala besar.

Seperti arwah Nor Raihan dan Rahil, Nor Iman atau manja dipanggil Iman melalui proses pemasangan shunt sejak dilahirkan.

Meskipun tidak berdepan komplikasi kesihatan yang kritikal seperti adiknya, namun Iman kerap diserang sawan.

"Adakalanya, lebih 40 kali dalam tempoh sehari dia alami sawan sehingga terpaksa bergantung kepada ubat untuk melembutkan tulangnya. Keadaan Iman yang terlantar juga menyebabkan tulang pinggulnya terkeluar," beritahu anak kelahiran Segamat, Johor itu.

Bagaimanapun, seorang lagi cahaya matanya, Nor Izzul Islam yang kini berusia enam tahun dilahirkan normal.

Baca juga Terlantar 2 tahun akibat tumor pada saraf tunjang, ibu tabah ini mohon keajaiban buat Baby

Tatkala ditanya mengenai kos rawatan yang ditanggung, suri hati kepada Mohd Shahrul Hassan, 36, itu mengakui hanya bergantung kepada upah suami yang bekerja sebagai tukang cat.

Disebabkan kemalangan pada tahun 2019, Mohd Shahrul patah bahu kiri dan urat lutut pada kaki kanan terputus. Kondisi sebegitu membuatkannya sukar untuk berkhidmat sebagai pekerja kontrak seperti dulu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Selain bantuan bulanan yang diterima, Aishah juga mengambil tempahan memasak Nasi Ayam Gepuk bagi menambah duit perbelanjaan untuk membeli kelengkapan perubatan yang semakin meningkat.

"Saya bersyukur masih menerima bantuan lampin pakai buang dan keperluan dapur. Cuma kadang-kadang berdepan dengan kekangan terutama untuk membeli alatan seperti picagari pakai buang, susu khas, kapas dan lain-lain, selain kos ulang-alik ke hospital," katanya.

Kepada pembaca SinarPlus yang prihatin, setiap sen sumbangan anda mampu menggembirakan hati dua anak syurga itu.

Segala bentuk bantuan diterima oleh keluarga tabah berkenaan. Dana tunai juga boleh disalurkan terus ke akaun Maybank 151061655960 atas nama Aishah Binti Mohd Saleh.