SPEKULASI dan teka teki lagu manakah yang bakal berentap di AJL 36 bakal terjawab pada Sabtu ini selepas selesai pusingan separuh akhir Muzik Muzik 36.
Sebanyak 30 buah lagu akan bersaing pada peringkat separuh akhir yang akan berlangsung pada 31 Disember 2021 (hari ini) dan episod dua pada 1 Januari 2022 (Sabtu) dari Studio 1 Glenmarie, Shah Alam.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sissy Imann, separuh akhir pertama bakal menyaksikan 18 buah lagu bertanding, manakala episod kedua akan mempertandingkan 12 buah lagu. Kesemua lagu itu akan dinilai oleh barisan juri profesional.
Para peminat muzik tanah air juga boleh mengundi lagu kegemaran mereka (Lagu Pilihan Penonton) dalam kedua-dua episod separuh akhir itu dengan mengimbas QR Code yang tertera sewaktu siaran langsung. Lagu Pilihan Penonton akan diumumkan pada 1 Januari 2022.
Tidak ketinggalan nantikan persembahan istimewa daripada penyanyi-penyanyi undangan seperti Estranged, Muss, Drama Band, Margaswata, Zynakal, Asyraf Nasir, Lia Aziz dan juara Lagu Cinta Kita Musim Ketiga iaitu Syafeek dan Zazo.
Muzik Muzik merupakan program variasi yang memaparkan carta mingguan lagu-lagu paling popular di Malaysia. Secara keseluruhan, 30 buah lagu Muzik Muzik 36 bertanding di pusingan separuh akhir.
Separuh Akhir Episod 1 (31 Disember 2021)
- Cinta Jangan Pergi - Azzam Sham
- Coretan Pilu - Datuk Awie
- Lenyap - Usop
- Mimpi - Haqiem Rusli
- Purnama -Naim Daniel
- Salahku - Yonnyboii
- Sepi - Aina Abdul
- Tetap Aku Cinta - Ara Johari
- Cinta - Marsha Milan
- Durja - Khai Bahar
- Karma - Kaka Azraff & Jaz Hayat
- Goodbye Hello - Syamel & Ernie Zakri
- Boneka - Ernie Zakri
- Bagaimana - Muna Shahirah & Zack Zakwa
- Lautan Asmara - Kugiran Masdo
- Adlina Marie - Haqiem Rusli
- Intab Payung - Noraniza Idris & Bunga
- Angkara - Siti Nordiana
Separuh Akhir Episod 2 (1 Januari 2022)
- Bujang - Hael Husaini
- Chikadun - Floor 88
- Penat - Andi Bernadee
- Rindu Separuh Nyawa - Naqiu & Vanessa
- Cinta Khayalan - Wany Hasrita
- Tanpa Rela - Misha Omar
- Aewo - Shiha Zikir ft Noki
- Nafas Cinta - Khai Bahar & Aina Abdul
- Necara - Kmy Kmo, Luca Sikta & Datuk Jamal Abdillah
- Teman - Iman Troye
- Lara - Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli
- Pelukan Angkasa - SOG x Shila Amzah