BARU-BARU ini tular di media sosial, video jemaah umrah yang baru pulang ke tanahair ‘mengamuk’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Video berdurasi satu minit 44 saat itu menunjukkan para jemaah berang dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Justeru itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 20 kaunter dan 40 petugas ditempatkan di bangunan Satelit C25 KLIA untuk membantu proses pemakaian peranti pengesanan digital bagi individu yang pulang menunaikan umrah.
Katanya, tempoh bagi saringan kesihatan dan pemakaian peranti pengesanan digital"edgenta” itu memerlukan sejam 20 minit.
Buat masa ini, menurutnya, pemakaian peranti pengesanan digital itu untuk pengembara yang kembali dari 18 negara berisiko tinggi di bawah pengawasan kuarantin rumah.
Khairy berkata, pelaksanaan pemakaian peranti itu berikutan 30 daripada 49 kes baharu Covid-19 membabitkan varian Omicron di Malaysia merupakan kes import dari Arab Saudi yang dikesan pada 23 dan 24 Disember lepas.