GV8 : Nikki kembali di tempat pertama, Bandi Amuk akur tersingkir

Iklan
Untitled design (23)

SELEPAS dua minggu berturut-turut berada di kedudukan terbawah, Bandi Amuk akur apabila tersingkir daripada pentas Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad.

Pada konsert minggu ketujuh yang bertemakan Kelentang Kelentong iaitu lagu-lagu berentak pantas dan rancak, Bandi menyampaikan lagu I Want To Break Free nyanyian asal Queen, gagal memikat hati juri, sekali gus menerima markah terendah sebanyak 53.80 peratus (%).

Iklan
Iklan

Sementara itu, Nikki Palikat kembali menduduki tangga pertama dengan markah 72.30% menerusi persembahan mantap lagu Rindu nyanyian asal Hetty Koes Endang, sekali gus melayakkannya menerima Anugerah Bintang Paling Power Meow, berupa hadiah wang tunai RM1,000 dan produk Adabi bernilai RM500.

Kesemua peserta diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap, manakala Datuk M Nasir sebagai juri jemputan.

Iklan

Dalam pada itu, Adibah Noor menerima Anugerah Betul-Betul Luar Biasa tajaan Digi, manakala Suki membawa pulang anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak.

Konsert minggu kelapan yang juga minggu suku akhir diteruskan dengan kemaraan Suki, Aliff Aziz, Adibah Noor, Aweera, Shidee, Nikki Palikat, Ani Mayuni, Azan Scan dan Sa.Ya.

Iklan

GV8 dihoskan pasangan pengacara serasi, Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, jam 9 malam bermula 21 November lalu.

Kedudukan peserta dan markah penuh konsert minggu ke-7 :

Nikki Palikat       – 72.30%

Aliff Aziz               – 71.90%

Suki Low              – 69.70%

Azan Scan            – 64.90%

Ani Mayuni         – 63.30%

Shidee                 – 59.40%

Aweera                 – 57.50%

Adibah Noor       – 56.70%

Sa.Ya                     – 54%

(FOTO: Azrul Rafie - Astro)