BIASA yang kita dengar histeria atau 'meracau' dek rasukan misteri terjadi kepada pelajar asrama atau universiti.
Namun lain pula yang terjadi kepada seorang lelaki ini apabila dia tiba-tiba terkena gangguan ketika di dalam bas.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Seorang penumpangnya secara tiba-tiba bertindak luar kawalan menari seolah 'dirasuk' sesuatu dalam bas semasa di dalam perjalanan.
Video tersebut menjadi tular sejak semalam dan kini telah mencecah 400 ribu tontonan.
Dalam pada itu, pemandu bas berkenaan yang dikenali Helmi tampil berkongsi kejadian sebenar pada waktu demikian.
Katanya, penumpang tersebut menaiki bas itu berdua bersama ibunya dan mula bertindak aneh sebaik saja mereka melalui kawasan Gua Tempurung.
Ujarnya, waktu dia sedang memandu, dia terdengar mak kepada lelaki berkenaan menjerti dan mengajar mengucap.
Tambahnya lagi, dia tetap meneruskan pemanduannya ke hentian Rehat dan Rawat terdekat di Simpang Pulai dan penumpang itu terus menari akibat 'keteguran' sepanjang perjalanan ke sana.
Helmi kemudiannya bertindak memasang ayat ruqyah dan ayat suci al-Quran.