Doakan saya boleh cipta lagu lebih baik dan berkualiti pada masa akan datang - Misha Omar

Iklan
MISHA OMAR

BIARPUN gagal lolos ke Anugerah Juara Lagu (AJL) akan datang, penyanyi Misha Omar tetap berpuas hati apabila lagu nyanyian dan ciptaannya bersama komposer Sze Wan, Tanpa Rela dapat bersaing bersama bakat-bakat muda di semi final Muzik Muzik 36.

Menurut Misha, kegagalan tersebut menjadi penguat semangat untuknya bekerja lebih keras utnuk menghasilkan karya hebat di masa akan datang.

Iklan
Iklan

"Tahniah buat 12 lagu yang telah mara ke AJL 36. Alhamdulillah, semalam (Sabtu) saya berpeluang berkongsi pentas dengan sekalian anak-anak seni yang berbakat dalam industri muzik kita.

"Meskipun lagu ciptaan saya bersama Sze Wan, Zul Husni dan Slen Fadzil tak berjaya ke AJL 36, tapi percubaan kali ini meskipun gagal, tetap akan jadi pembakar semangat yang baik untuk saya menimba lebih banyak ilmu dalam nyanyian dan bidang penciptaan lagu.

Iklan

"Insya-ALLAH doakanlah mudah-mudahan saya  boleh cipta lagu yang lebih baik dan berkualiti pada masa akan datang,” ujarnya yang sentiasa positif.

Dalam pada itu, Misha yang juga pemenang Vokal Terbaik AJL33 turut menitipkan penghargaan buat peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepadanya.

Iklan

"Terima kasih buat kawan-kawan sayasemua yang telah mengundi Tanpa Rela di carta mingguan Muzik-Muzik sehingga mara ke Semifinal Muzik-Muzik 36.

"Terima kasih juga kepada pihak TV3 di atas platform yang diberikan untuk kami semua pertaruhkan karya-karya seni kami dari semasa ke semasa.

”Terima kasih juga kepada pihak Sony Music Malaysia kerana percaya dengan lagu pertama ciptaan saya untuk diketengahkan. Can't wait for AJL36. Awak sokong siapa,” kata Misha menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya.

 

(FOTO: TV3)